Gambar merupakan medium terbaik untuk menceritakan sesuatu kejayaan atau momen yang terjadi dalam hidup kita. Disebabkan itu wujud pepatah Ingggeris ini; a picture is worth a thousand words.

Namun, gambar juga digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk memperdayakan orang ramai terutamanya untuk skim cepat kaya. Melalui kumpulan Facebook Ponzi Scheme Alert in Malaysia, seorang ahli di kumpulan berkenaan mendedahkan scam sebuah aplikasi atas talian, jutawanapp.com.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

JutawanApp 1

juta kereta 2
Gambar pengasas JutawanApp bersama kereta dan banglo
Suhaimi A Rashid
Gambar ‘stock’ tanpa pengasas JutawanApp

Tulisan pengasasnya, Mohd Afiq Danial pada laman jutawanapp.com memang nampak sangat meyakinkan sehinggalah anda berhenti di paparan gambar kereta Porsche dan rumah banglonya yang besar. Sekali pandang, anda mungkin tidak akan suspicious , tetapi jika anda amati betul-betul, setiap gambar tersebut disunting menggunakan Photoshop.

Selepas anda melihat gambar, anda akan terus samar-samar untuk mempercayai apilikasi jutawanapp.com ini. Biasanya, jika sesuatu skim menjanjikan ‘bulan dan bintang’, pasti aplikasi atau benda tersebut adalah SCAM.

Ahli di kumpulan Ponzi Scheme Alerti in Malaysia juga mengiyakan perkara berkenaan. Ada yang turut memberi tip mengesan seorang scammer. Caranya? Orang yang berjaya jarang menunjuk kekayaan mereka di media sosial. Jika betul kereta dan rumah itu milik mereka, lebih baik muat naik gambar geran. Lagi orang akan percaya.

JutawanApp 2

Jika anda ada wang untuk tujuan pelaburan, berhati-hati dan melaburlah di saluran yang betul. Untuk mengetahui sebarang penipuan atas talian yang terbaru di Malaysia, anda boleh sertai Ponzi Scheme Alert in Malaysia. Semoga kita semua selamat daripada menjadi mangsa tipu daya individu yang tidak bertanggungjawab.

Scam menerusi panggilan telefon juga semakin popular ketika ini. Ini pula artikel berkaitan kes ini yang terjadi di Malaysia.

Ketahui Jenis-jenis ‘Scam’ Yang Wujud Dan Rakyat Malaysia Percaya

Lihat Cara ‘Cool’ Peguam Ini Tangani Scammer