Dengan kegilaan permainan video battle royale seperti PUBG, Fortnite dan Apex Legends pada ketika ini, nampaknya ada seorang jutawan mahu jayakan acara ini di dunia sebenar.

Dalam satu permintaan di laman Hush Hush, seorang individu sedang mencari individu yang mampu buat siri manga Jepun, Battle Royale menjadi realiti. Permainan ini nanti akan dijalankan di sebuah pulau dan seperti juga permainan PUBG, hanya akan ada seorang pemenang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Battle Cover

Namun perbezaannya peserta tidak perlu membunuh peserta lain secara ‘brutal’. Setiap peserta akan dibekalkan pistol Airsoft dan akan ‘terbunuh’ jika mereka ditembak oleh peserta lain. Pertandingan ini akan dijalankan selama 12 jam sehari untuk 3 hari. Bekalan makanan dan ‘senjata’ turut akan dibekalkan di serata pulau untuk dicari.

Setakat ini, ianya masih di peringkat perbincangan dan pemenang akan memenangi hadiah utama USD130,000 (~RM530,000). Pihak Hush Hush ketika ini sedang mencari developer untuk acara ini dan jika anda berminat, anda boleh memohon di laman Hush Hush di sini.

Sumber