Pastinya ramai tertarik dengan kisah pemuda berusia 33 tahun ini apabila dia digelar jutawan muda walaupun hanya menghabiskan sesi persekolahan sehingga darjah enam sahaja. Semuanya bermula dengan seekor anak lembu yang dibeli olehnya setelah menerima gaji pertama.

Gambar: Harian Metro
Gambar: Harian Metro

Kisah ini telah diceritakan oleh Mohamad Hussin di dalam surat khabar Harian Metro. Menurut artikel tersebut, pemuda bernama Saipol Azmir Zainuddin ini telah berjaya memperoleh pendapatan lebih RM1 juta pada tahun lepas. Permintaan paling tinggi pada musim Aidiladha.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saipol, 33 tahun, anak keenam daripada tujuh beradik, dibantu oleh ayahnya, Zainuddin Mat Yatim, 69 tahun. Mereka menternak dan menjual lembu kepada penduduk kampung sejak Saipol berusia 18 tahun.

Saipol membeli seekor anak lembu berharga RM450 apabila dia menerima duit gaji pertamanya sebanyak RM750 sebulan. Perbuatan itu diulangi Saipol dengan harapan dia mahu menternak dan membiakkan lembu-lembu tersebut. Hasilnya, dia memiliki 300 ekor lembu pada usia 18 tahun.

Bercita-cita tinggi untuk berjaya, Saipol mengumpul duit jualan lembu kerana mahu memiliki ladang ternakan sendiri. Selepas beberapa tahun, dia dapat membeli tanah seluas lebih 0.8 hektar untuk menempatkan ternakannya.

Gambar: Harian Metro
Gambar: Harian Metro

Selepas 15 tahun, impiannya sejak kecil untuk jadi orang berjaya telah tercapai.

Hasil kerja keras dan ketekunannya itu dia digelar jutawan lembu dan memegang jawatan penting dalam sektor penternakan ini seperti Ahli Jemaah Pengarah Peladang Muda PPK Kuala Langat. Malah, dia turut dianugerahkan Anugerah Peladang Jaya Peringkat Kebangsaan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2015.

Petikan dari Harian Metro:

“Saya kemudian buat pinjaman dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebanyak RM100,000 melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat bagi mengembangkan perniagaan.

“LPP dan PPK Kuala Langat juga banyak membantu saya dari segi pasaran dan promosi ke seluruh negara. Selain itu, jualan juga dilakukan melalui media sosial seperti WhatsApps dan Facebook,” katanya.

“Kebanyakan lembu di sini baka tempatan, bukan diimport dari mana-mana negara. Sambutan sangat menggalakkan terutama apabila tiba musim korban.

Gambar: Harian Metro
Gambar: Harian Metro

“Saya akan pastikan ternakan sihat dan tidak berpenyakit sebelum dijual kerana tidak mahu pelanggan menghadapi masalah. Lembu di sini juga ditandakan supaya pembeli tidak rasa tertipu ketika ia dihantar ke destinasi mereka kelak.

“Biasanya lembu yang mengalami masalah kesihatan akan saya kuarantin bagi mengelak ia berjangkit kepada ternakan lain,” katanya.

“Kos infrastruktur kompleks kandang dan ladang rumput napier saya berjumlah RM500,000 dan sudah beroperasi sepenuhnya.

“Ini memberi petanda positif kepada saya untuk terus bergerak maju pada masa depan.”

Saipol yang boleh ditemui di ladangnya di Kampung Endah, Banting, Selangor, kini mempunyai enam orang pekerja, 700 ekor lembu, 150 ekor kambing dan 30 ekor kerbau. Menurutnya, dia ada menawarkan kursus ternakan terutama yang mahu memulakan projek ternakan.

Bercerita tentang kehidupan peribadinya, Saipol sudah berumah tangga dan mempunyai lima orang anak. Sebelum dia berkahwin, dia sudah memiliki kenderaan dan rumah sendiri selepas mula menjual lembu secara serius ketika berusia 19 tahun.

Sumber