Durian runtuh buat seorang individu yang baru sahaja diumumkan Bank Simpanan Nasional sebagai pemenang tempat pertama Sijil Simpanan Premium (SSP) bernilai RM1 juta.

Kemenangan lelaki yang baru sahaja berusia 21 tahun ini berjaya meletakkan beliau sebagai pemenang termuda dalam sejarah peraduan SSP sekaligus menjadi buah mulut di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
157162295_3762909610425598_407805471884006181_o
Sumber: Facebook BSN Malaysia

Susulan kejayaan yang diperoleh, lelaki di mana nama beliau telah dirahsiakan bagi tujuan keselamatan telah menerima pelbagai komen daripada para netizen yang ‘mengakui’ mereka adalah sebahagian daripada ahli keluarga lelaki berkenaan. Tidak kurang juga wanita yang mendakwa beliau sebagai bekas kekasih pemenang.

Berikut antara komen dan gurauan netizen yang mencuit hati daripada Facebook Harian Metro menerusi perkongsian berita kemenangan cabutan SSP bernilai RM1 juta.

Screen Shot 2021-03-07 at 2.20.11 PM
Sumber: Facebook Harian Metro
Screen Shot 2021-03-07 at 2.19.08 PM
Sumber: Facebook Harian Metro
Screen Shot 2021-03-07 at 2.18.46 PM
Sumber: Facebook Harian Metro

Di sebalik gurauan yang dikongsikan netizen, terdapat seorang individu yang turut menasihati jutawan muda ini untuk menggunakan wang tersebut sebaik mungkin serta mengutamakan keluarga berbanding masyarakat sekeliling yang akan mulai mendekati beliau.

Screen Shot 2021-03-07 at 2.22.59 PM

Tahniah kami ucapkan buat pemenang merangkap jutawan muda ini. Diharap kemenangan yang diperoleh menjadi motivasi buat lelaki ini untuk menggadakan wang yang diperoleh serta menjadi bekalan untuk kegunaan hari tua.

Tular pada minggu ini apabila lelaki ini pilih untuk mengupah seorang juruteknik untuk memasang ‘plash speed’ sebenar beliau untuk elak dikesan ahli keluarga.

Mahu Elak Keluarga Perasan, Lelaki Ini Pasang ‘Plash Speed’ Sebenar Dengan Bantuan Juruteknik

Pertama Kali Berbekam, Foto The Rock Ini Cetus Perbalahan ‘Islamophobia’ Di Kalangan Netizen