Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Mahkamah sedang mendengar kes melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun selepas beliau dipaksa berkahwin oleh ayahnya dengan putera Arab Saudi, Mohammed Bin Salman (MBS).

MBS sebelum ini telah menjadi tumpuan media selepas didapati bersubahat membunuh seorang wartawan Washington Post Jamal Khashoggi pada tahun 2018. Beliau juga dilaporkan menggodam telefon pemilik Amazon, Jeff Bezos.

Sheikh Maktoum, kerabat diraja Dubai telah didakwa merancang satu konspirasi untuk memaksa anaknya, Puteri Jalila, 11 tahun berkahwin dengan MBS, lapor ibunya, Puteri Haya kepada media.

Namun tuduhan ini dinafikan oleh Maktoum dengan mendakwa bahawa tidak wujud apa-apa paksaan daripada pihak beliau untuk mengahwinkan anaknya dengan putera diraja Arab Saudi.

‘Tidak ada perkahwinan paksa. Itu sudah tidak dilakukan oleh bapa zaman ini kepada anak perempuannya.” Kata Alex Verdan, jurucakap kepada Maktoum seperti yang dipetik oleh Daily Mail.

Mahkamah Tinggi sebelum ini telah mengeluarkan perintah perlindungan sementara kepada Jalila. Namun terbaharu, dilaporkan bahawa pihak plaintif gagal membuktikan bahawa wujud kes yang melibatkan perkahwinan paksa di antara ayah Jalila dan MBS.

Berikut adalah cerita lain mengenai Arab Saudi, klik pautan di bawah untuk membaca.

Pelancong Asing Tidak Berkahwin Kini Dibenarkan Untuk Menyewa Hotel Di Arab Saudi

Pengalaman Ke Ha’il, Wilayah Rare Dan Bersejarah Di Arab Saudi

Anda Mungkin Suka