Seorang lelaki yang didakwa menjual batu meteorit yang jatuh ke rumahnya pada minggu lalu dengan harga £1.4 juta ( kira-kira RM7.6 juta) rupanya menjualnya dengan harga yang lebih murah iaitu Rp 200 juta (kira-kira RM57,660).

Dia kemudiannya mengetahui bahawa harga asalnya jauh lebih mahal daripada harga yang dijual iaitu sekitar $ 1.85 juta (RM7.6 juta).

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

Joshua Hutagalung, 34 tahun, mengatakan bahawa dia merasa “ditipu” setelah menjual batu itu kepada pakar meteorit Amerika Syarikat, Jared Collins, dengan harga yang jauh lebih murah daripada nilai sebenar.

Laporan yang dikeluarkan oleh Jakarta Post ini turut menyangkal laporan dari media asing yang telah menggambarkannya sebagai jutawan sekelip mata.

5f29320caed4c

“Saya telah menghabiskan semua Rp 200 juta yang saya dapat dari menjual meteorit kepada Collins untuk membantu keluarga dan anak yatim, membina gereja dan memperbaiki kubur orang tua saya,” kata pembuat keranda.

Ogos lalu, Josua yang sedang bekerja untuk membuat keranda mengaku bahawa rumahnya telah dihentam dengan batu yang jatuh daripada langit.

Josua berkata, pada hari Sabtu, tanggal 1 Ogos 2020, sekitar jam 4.00 petang ketika dia sedang menyiapkan sebuah keranda di kediamannya, tiba-tiba dia terdengar suara dentuman yang kuat dari atas.

Dia yang terkejut terus memeriksa sekitar kawasan rumahnya dan mendapati bumbungnya bocor dan terdapat batu besar yang berada di lantai. Josua menjelaskan bahawa batu yang dijumpainya itu seberat 2.2 kilogram dan terbenam sekitar 15 cm di dalam tanah.

Joshua segera berkongsi kejadian terbabit dengan rakan-rakannya di Facebook, dan catatannya itu viral.

Dua hari setelah penemuan itu, seorang penduduk tempatan menawarkan Rp 1 miliar untuk batu dari angkasa terbabit, tetapi ditolak oleh Joshua setelah menganggap tawaran itu tidak serius.

Dua minggu kemudian, Collins terbang dari kediamannya di Bali untuk mengunjungi Joshua. Pakar meteorit itu menawarkan Rp 200 juta kepada Joshua. Tetapi ditolak, sebelum dia bersetuju setelah Collins turut menawarkan Rp 14 juta untuk memperbaiki atapnya yang rosak akibat hentaman batu itu.

WhatsApp-Image-2020-08-03-at-17.59.21

Sejumlah media asing, termasuk tabloid UK, Sun dan Daily Mail, menyebut Joshua sebagai “jutawan sekelip mata”.

Joshua sendiri terkejut ketika dia mengetahui bahawa harga meteorit yang ditemuinya dapat dijual hingga hampir Rp 26 miliar. “Sekiranya itu benar, saya telah dibohongi dan saya kecewa,” katanya.

Dalam pada itu, Joshua rupanya hanya menjual 1.8 kilogram daripada keseluruhan 2.2 kg batu berkenaan. Menurutnya, lebihan batu itu diberikan kepada ahli keluarga sebagai kenangan.

“Saya sendiri dapat lima gram, selebihnya saya bagi-bagi ke sanak keluarga. Ada yang dibuat batu cincin. Saya tidak akan menjual lebihan batu ini meskipun ditawarkan pada harga yang mahal,” tegasnya.

Untuk rekod, tiga serpihan meteorit yang lain dilaporkan dijumpai di kawasan berdekatan ketika batu angkasa itu jatuh pada bulan Ogos lalu, namun satu ditemui di sawah kurang dari 3 kilometer (KM) dari rumah Joshua.

Terdahulu, Joshua dianggap sebagai jutawan sekelip mata selepas berjaya menjual batu meteorit dengan harga RM7.6 juta. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lelaki Di Indonesia Jadi Jutawan Sekelip Mata, Jual Batu ‘Meteorit’ Dengan Harga RM7.6 Juta

Anda Mungkin Suka