Pasukan Juventus akhirnya mengeluarkan rekaan jersi kedua sempena musim terbaru mereka. Didatangkan dengan warna lembut, rekaan pada jersi away ini hadir sedikit berbeza berbanding jersi home dengan penyertaan kolar kecil.

Pereka fesyen adidas Football Francesca Vetturini turut mengatakan kehadiran jersi ini bertepatan dengan matlamat mereka dalam menghasilkan rekaan yang ikonik serta sesuai untuk peminat menggayakannya ke stadium mahupun ketika bermain bola sepak.

Jersi Juventus away kit musim 2018/19 ini sudah mula ditawarkan di butik adidas serta kedai atas talian. Dengan kehadiran Cristiano Ronaldo di dalam skuad mereka pastinya jualan jersi Juventus bakal meningkat pada tahun ini.

juventus away 2

juventus away 3

juventus away 4