Juventus telah mengisytiharkan ‘darurat’ dengan mengentikan seluruh sesi latihan dan meletakkan semua pemain bawah-23 tahun ke dalam pusat kuarantin selepas tiga orang dilaporkan telah dijangkiti wabak coronavirus.

Di Itali setakat hari ini, mangsa kepada wabak yang berasal dari Wuhan, China ini telah mencapai angka 1,049 dengan 29 kematian sudah dicatatkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

The Old Lady dalam satu kenyataan media menyatakan keputusan drastik ini perlu diambil selepas skuad muda mereka berkunjung ke Pianese dalam aksi Serie C yang berkesudahan dengan Juventus menang 1-0.

Juve turut menahan pemain muda mereka di rumah sehingga 8 Mac ini selepas beberapa pemain dilaporkan telah menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka mempunyai simptom penyakit itu.

Kerajaan Itali turut menjangkakan bahawa angka mangsa yang terkena wabak ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Justeru mereka telah meminta semua rakyatnya agar berada di rumah dan kurangkan aktiviti di luar.

Dilaporkan bahawa orang yang mempunyai masalah kesihatan mudah terdedah kepada bahaya coronavirus. Pegawai perubatan di sana merujuk COVID 19 ini sebagai ‘wabak paling ganas selepas SARS.

Kawasan yang paling teruk terjejas adalah Lombardy, Veneto dan Emilia-Romagna, manakala Bergamo dan Milan.

Pertembungan sulung Juventus dengan Inter Milan, yang dijadualkan akan berlangsung Sabtu ini terpaksa ditunda dan dijadualkan akan berlangsung semula pada Mei depan – lebih banyak pertandingan dijangka dibatalkan pada masa yang akan datang.

Baca bagaimana Korea Utara mengentikan wabak coronavirus daripada terus tersebar, klik pautan di bawah untuk membaca.

Korea Utara Jatuhkan Hukuman Mati Jika Rakyatnya Dijangkiti Wabak Coronavirus?