Kumpulan muzik dari Sabah yang kini sedang menempa nama di persada seni tempatan, K-Clique nampaknya member ‘hint’ akan berkolaborasi dengan satu nama yang tidak dijangka.

Dalam video ini, ahli K-Clique memberi reaksi untuk video muzik Sorang nyanyian Luqman Podolski. Bagi Mereka, Luqman seorang rapper yang bagus dan mempunyai ruang untuk berkembang.

K-Clique juga dilihat memberi gambaran mungkin akan hadir dengan single kolaborasi bersama Luqman di masa akan datang. Lagu K-Clique bersama Alif ‘Mimpi’ kini sudah mendapat 11 juta tonton di YouTube dan ketika ini, apa sahaja lagu baharu yang dikeluarkan oleh K-Clique pasti akan mendapat sambutan.

Ditambah dengan pengikut setia Luqman Podolski, pasti tidak ada masalah untuk single ini ‘hit’ jika ianya jadi kenyataan. Jika bukan dengan Luqman, siapa artis yang anda mahu lihat berkolaborasi dengan K-Clique selepas ini?

Ini pula berita industri hip hop tempatan yang hangat sejak beberapa minggu ini

Guna Karya Artis Lain Tanpa Izin, Rekaan ‘Single’ Rapper Ini Pula Cetus Kontroversi

‘Rapper’ Cari Gaduh Dengan Stesyen Radio, Padam Gambar Selepas Dikecam