Rasanya ramai sudah mengenali K-Clique yang mula terkenal dengan lagu Mimpi. Terbaharu, K-Clique bakal melancarkan buku biografi berjudul Merais berkisarkan tentang perjalanan karier seni setiap anggota kumpulan itu sejak 2014.

Menurut MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, buku yang bakal diterbitkan itu akan menceritakan segala kisah kumpulan K-Clique yang tidak diketahui ramai. Oleh itu, para peminat akan dapat mengenali dan ketahui suka duka perjalanan K-Clique dalam industri.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

Nama Merais dipilih bersempena dengan lagu yang baru dilancarkan mereka 2 minggu lalu yang juga dinamakan Merais. Ketika ini, lagu Merais telah ditonton sebanyak 3 juta tontonan.

Tambahnya lagi, maksud yang dibawa merais adalah mengumpul. Oleh itu, mereka kumpulkan segala kisah perjalanan hidup K-Clique dan diterjemahkan menjadi sebuah lagu.

Difahamkan, buku yang bakal dilancarkan itu ditulis sendiri oleh setiap anggota K-Clique dan disunting serta diperkemaskan oleh pengarang dilantik. Harapan K-Clique adalah ingin pembaca mengenali siapa sebenarnya mereka dan ingin memberikan inspirasi buat pembaca.

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan K-Clique pada pautan di bawah ini.

K-Clique Muncul Artis Tempatan Paling Banyak Distrim Pengguna Spotify 2019

Dengarkan Versi Remix Haa Tepok Yang Dihasilkan Khas Buat realme

Netizen Kecam Gadis Ambil Kesempatan Cium MK K-Clique Ketika Bergambar

Anda Mungkin Suka