Tahun 2019 sememangnya tahun yang penuh dengan sejarah dan ikonik buat kumpulan rap K-Clique serta ahli-ahlinya. Berjaya memecah masuk ke industri menerusi lagu Sah tu Satu pada awal tahun lalu, kumpulan ini meneruskan momentum mereka dengan kolaborasi bersama Alif menerusi lagu Mimpi.

Berjaya menawarkan lagu yang sesuai dengan selera pendengar di Malaysia sekaligus membuatkan K-Clique dinobatkan artis tempataan paling banyak distrim pengguna yang menggunakan platform Spotify pada tahun 2019. Kumpulan rap yang masih baru di industri juga berjaya mengatasi artis-artis hebat lain seperti Faizal Tahir dan Dato Siti Nurhaliza.

Menerusi laporan Spotify Wrapped 2019 yang dikeluarkan, lagu yang paling banyak distrim seluruh dunia adalah Señorita manakala artis luar negara yang paling banyak distrim adalah BTS. Difahamkan sebanyak 248 juta pengguna Spotify telah mendengar dan mencari muzik serta podcast mereka sepanjang tahun 2019.

Buat anda yang sering mendengar lagu menggunakan platform Spotify, anda juga boleh mendapatkan laporan Spotify Wrapped 2019 anda sendiri untuk mengetahui lagu dan album manakah yang menjadi kegemaran anda sepanjang tahun ini. Klik di sini untuk mendapatkan laporan Spotify Wrapped 2019.

Sebelum ini, hangat dibincangkan apabila muncul seorang gadis yang mengambil kesempatan mencium MK K-Clique ketika bergambar. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Netizen Kecam Gadis Ambil Kesempatan Cium MK K-Clique Ketika Bergambar

K-Clique Bakal Berkolaborasi Dengan Luqman Podolski?