Tular baru-baru ini apabila tersebarnya sebuah gambar sekitar Kaabah yang tidak pernah lekang dengan jemaah yang mengerjakan ibadah tawaf dilihat kosong. Perkongsian gambar ini juga turut mengundang kepada pelbagai persepsi dan olahan di kalangan netizen.

Walau bagaimanapun, tujuan kawasan sekitar Kaabah dikosongkan selama beberapa jam ini adalah daripada persetujuan pihak atasan. Difahamkan kawasan sekitar Kaabah ini dikongsikan bagi tujuan pembersihan secara penuh dalam menjamin kebersihan serta kesihatan para jemaah.

BeFunky-collage-3
HYPE
NH Detoxlim Tawar Diskaun Sehingga 50% Di Lazada Buat Netizen Teruja
Baca lagi →

Ditambah pula dengan kehadiran wabak coronavirus, pembersihan kawasan Kaabah secara menyeluruh ini dilihat releven. Berikut dikongsikan beberapa gambar sewaktu proses pembersihan dijalankan.

88039337_3022834671089529_8301114199010967552_n

Sumber: Facebook Dr. Zaharuddin Abd Rahman

88134565_3022834714422858_2200327864753061888_n

Sumber: Facebook Dr. Zaharuddin Abd Rahman

87961680_3022834744422855_3079489992158871552_n

Sumber: Facebook Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali kawasan tersebut ditutup buat orang ramai. Malah, sudah 40 kali kawasan ini ditutup sejak tahun 930. Para jemaah yang ingin mengerjakan tawaf pada waktu kawasan Kaabah dibersihkan masih berpeluang mengerjakan ibadah ini melalui tingkat atas atau Masjidil Haram.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk mengelakkan daripada berkongsi berita palsu berkaitan kekosongan Kaabah yang dikaitkan dengan pelbagai persepsi negatif khususnya di media sosial.

Dilaporkan wabak coronavirus telah bermutasi menjadi lebih agresif sejak akhir-akhir ini. Ketahui juga cara-cara untuk minta ‘refund’ tiket penerbangan AirAsia yang dibatalkan kerana wabak ini.

Saintis Dapati Wabak Coronavirus Telah Bermutasi Menjadi Lebih Agresif

8 Cara Mudah Minta ‘Refund’ Tiket Penerbangan AirAsia Anda Yang Dibatalkan Kerana Coronavirus

Anda Mungkin Suka