Setiap individu mempunyai cara yang berbeza ketika membaca. Ada yang suka membaca di kafe, ada yang membaca buku ketika di atas tren dan ada yang suka membaca dalam persekitaran sunyi, hanya bertemankan bunyi unggas.

Budaya membaca memang sangat kuat di negara Eropah dan barat. Sebuah firma rekaan di New York, mereka mencipta sebuah kabin yang awesome dinamakan Hemmelig Rom (bermaksud bilik rahsia dalam bahasa Norway).

Amirudin Shari
HYPE
Lihat Salah Satu Norma Baharu Dalam Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini
Baca lagi →

Bilik kabin berkeluasan 200 meter persegi ini diperbuat daripada kayu oak dan keseluruhan kabin ini dicat dengan warna hitam. Di dalamnya terdapat kerusi malas, meja dan tempat untuk berbaring. Tempat unggun api turut ada di dalam kabin ini untuk memastikan kabin ini panas untuk keselesaan di musim sejuk. Dan ya, buku disusun rapi pada rak kabin ini yang cantik dan unik.

Tidak pasti sama ada bilik ini untuk disewa untuk orang ramai ataupun tidak. tetapi bilik rahsia ini sangat cool dan semestinya memberikan pengalaman menarik untuk sesiapa yang membaca di sini. Kalau ada sesuatu seperti ini di Kuala Lumpur seronok juga. Boleh semai budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

k2

k3

k4

k5

Anda Mungkin Suka