Bertepatan dengan manifesto kerajaan Malaysia Baru yang mahu menawarkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,500, kabinet baru-baru ini telahpun meluluskan pelarasan gaji minimum terbaru pada kadar RM1,050 sebulan.

Pelarasan gaji minimum RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam ini bakal berkuatkuasa seawal 1 Januari 2019 ini berdasarkan kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

M. Kulasegaran, Menteri Sumber Manusia

Difahamkan peningkatan gaji ini dibuat selaras dengan dengan situasi ekonomi semasa negara. Berhubung peningkatan sehingga RM1,500 pihak kerajaan berpendapat peningkatan haruslah dinaikkan secara tidak drastik bagi mengelakkan daripada masalah lain yang bakal menggugat daya saing negara.

Setakat ini, kadar gaji minimum telah dihadkan pada RM1,000 sebulan di Semenanjung dan RM920 sebulan di Sabah, Sarawak dan Labuan.