Sepasang cermin mata hitam John Lennon – pernah ditinggalkan di tempat duduk belakang sebuah kereta – dilelong pada Jumaat lalu pada harga RM800,000.

Dirujuk sebagai sebuah barang paling berharga pada zaman rock n roll, kacamata kosong dengan warna emas itu mempunyai cerita lucu disebaliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Pada musim panas tahun 1968 saya telah mengambil John dan George menaiki Mercedes dan memandu mereka ke pejabat,” kata Alan Herring.

2017_11_24_36404_1511494466._large

“Apabila John keluar dari kereta, saya menyedari bahawa dia tertinggal cermin mata hitam ini di kerusi belakang dan satu lensa dan satu bahagiannya telah tertanggal, saya bertanya kepada John jika dia mahu saya membetulkannya. [Tetapi John menjawab] jangan bimbang ia adalah untuk gaya sahaja! ”

John Lennon meninggal dunia selepas ditikam oleh seorang peminat di luar gedung pangsapuri Manhattan pada tahun 1980 ketika dia berusia 40 tahun.

Berikut adalah cerita lain mengenai kacamata yang pernah kami tulis. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Zungle’ Kacamata Pintar Dengan Teknologi Gelombang Suara

Jika Anda Memiliki Kacamata Berjenama Mewah, Ada Kemungkinan Besar Ia Dihasilkan Di Kilang Milik Syarikat Itali Ini

Sumber