Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) Singapura telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya kini telah menggantikan penggunaan kad ketibaan yang sebelum ini menggunakan borang fizikal kepada kad ketibaan elektronik.

kad singapura

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Langkah ini diambil bagi memudahkan pelancong kerana tidak lagi perlu mengisi borang tersebut di lapangan terbang. Selain itu langkah ini juga diambil untuk mengurangkan penggunaan kertas. Walaubagaimana pun, keberkesanan kad elektronik ini akan berada dibawah tempoh percubaan untuk 3 bulan pertama bermula 4 Oktober.

Ini bermakna pelancong perlu memohon kad ketibaan pelancong melalui laman web ICA sebelum melancong ke negara tersebut. Ketika ketibaan, pelancong hanya perlu mengeluarkan pasport mereka untuk kelulusan imigresen. Kad ini akan diguna pakai di beberapa checkpoint seperti di Checkpoint Woodlands, Checkpoint Tuas, Lapangan Terbang Changi dan empat terminal feri.