Mula diperkenalkan sebagai hobi buat peminat siri Pokemon, kad pokemon yang ditawarkan pada tahun 1999 ini nampaknya mempunyai tanda harga yang premium selepas dua dekad berikutan permintaannya yang masih tinggi.

Siapa sangka selepas 20 tahun, kad pokemon 1999 ini ditawarkan dengan harga seakan sebuah kereta. Difahamkan harga penawaran yang tinggi ini berikutan bilangannya yang tidak lagi banyak ditambah pula dengan kondisinya yang masih sempurna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
image-1
Sumber: PSA Card

Melalui bidaan yang dibuka pada tahun ini, Huggins & Scott bakal membuka bidaan bagi sekotak kad pokemon 1999 ini dengan harga permulaan $35,000 (RM142,730) dan dijangka bakal menerima jumlah bidaan yang tinggi kelak.

Untuk pengetahuan anda, Huggins & Scott pernah menawarkan kotak kad pokemon yang sama pada tahun lalu dan berjaya dibida dengan harga mencecah $66,920 (RM273,455.20).