Sehingga ke hari ini, kad TNG NFC boleh dianggap sebagai barang ‘rare’ kerana sering kehabisan stok. Namun, perkara ini menjadi bualan netizen kerana terdapat sesetengah individu boleh menawarkan kad tersebut pada harga tinggi dalam jumlah yang banyak.

Terbaharu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menerima empat aduan rasmi berkenaan kad TNG NFC selain mengesan 13 iklan jualan membabitkan beberapa platform dalam talian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: YouTube

Malah, seorang perkerja di kaunter pembayaran sebuah stesen minyak antara yang dikesan menjual secara dalam talian kad TNG NFC dengan harga berlipat kali ganda. Kad yang sepatutnya dijual secara terus di kaunter ini telah pun dijual semula dengan harga yang mahal di platform dalam talian oleh individu berkenaan.

Sehubungan itu, tindakan berkenaan membangkitkan persoalan mengenai kemampuan segelintir penjual yang berupaya mendapatkan bekalan kad NFC dengan mudah. Difahamkan sebanyak 11 premis merangkumi kediaman peribadi serta bangunan perniagaan diperiksa berhubung kes sama.

Susulan itu, Penguat Kuasa KPDNHEP dan pengurusan kanan kementerian akan mengadakan pertemuan dengan syarikat TNG yang dijangka berlangsung minggu ini. Pertemuan berkenaan ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan status kaedah semasa penjualan dan isu kekurangan bekalan kad NFC seperti dikemukakan ramai pengguna.