Kad TNG NFC menjadi buruan ramai kerana stoknya yang terhad. Walaupun sudah lama diperkenalkan, masih ada yang belum berpeluang mendapatkan kad serba guna ini kerana terlalu banyak permintaan.

Salah satu platform atas talian yang menawarkan kad TNG NFC adalah Lazada. Jika dahulu ketersediaan stok adalah secara rawak, kini Touch n’ Go memaklumkan bahawa kad TNG NFC ini akan tersedia mulai pukul 7 pagi pada setiap hari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Lazada

Untuk membelinya, anda boleh klik di sini dengan bayaran RM10 tetapi belum termasuk kos penghantaran. Oleh itu, anda sudah tidak perlu lagi ternanti-nanti notifikasi daripada saluran Telegram untuk tahu bila tersedia.

Diingatkan setiap pengguna hanya boleh membeli 1 kad dalam masa 6 bulan. Pembayaran pula hanya menerusi baki TNG eWallet dan bukannya dompet Lazada mahupun kad debit atau kredit.

Anda juga boleh di kedai rasmi TNG yang terletak di Wisma Touch n’ Go, Bangsar dan Nu Sentral. Dengan kad ini, anda boleh menambah nilai secara terus di telefon selain di kiosk-kiosk fizikal.

Sumber