Sebagai seorang yang suka keluar melancong, adalah menjadi satu dilema, sama ada memilih penggunaan roaming ataupun membeli kad SIM baru. Jika memilih roaming, bil mungkin melambung mencecah ribuan ringgit. Membeli kad SIM tempatan juga ada kekurangan, anda mungkin perlu menyediakan salinan IC, alamat tinggal dan juga menyukarkan rakan menghubungi anda kerana pertukaran nombor telefon.

Berita baik untuk anda, seorang entrepreneur dari Itali, Manuel Zanella telah menghasilkan satu kad SIM khas yang diberi nama WhatSim. Anda boleh mengakses perkhidmatan WhatsApp di seluruh dunia tanpa had dengan menggunakan kad ini sahaja. Dengan yuran tahunan RM 41, anda mampu menghantar mesej tanpa had dan sekiranya anda mahu menghantar video, gambar dan klip audio terdapat bayaran tambahan lain perlu dibuat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkhidmatan WhatSim boleh digunakan di 150 negara termasuk Malaysia. Layari laman rasmi WhatSim untuk maklumat lanjut.

all_in_one_en (1)