Malaysia telah mencatakan lebih 4,000 kes COVID-19 di seluruh negara, manakala 67 kematian telah direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Namun sejak itu, lebih 1608 orang pesakit telah sembuh dari wabak coronavirus.

Terbaharu, menerusi satu ciapan yang dibuat oleh KKM di laman Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah telah menyatakan bahawa Malaysia mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang terbaik di dunia.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Dengan 67 kematian dicatatkan semalam, ini menjadikan kadar kematian di Malaysia adalah antara terendah di dunia dengan 1.58%.

“Ini menunjukkan perkhidmatan kesihatan kita kepada pesakit #COVID19 adalah yang terbaik di dunia,” Kata Dr Noor Hisham.

Berbeza dengan situasi di beberapa negara luar, seperti Itali yang mencatatkan kadar kematian sebanyak 12.67%, manakala di Sepanyol dengan 9.98% pada 9 April 2020 menurut Statista.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa kita belum lagi memenanangi pertempuran melawan COVID-19 dan kita juga masih belum tewas.

Untuk rekod, lebih 1.5 juta orang telah dijangkiti wabak COVID-19 manakala lebih 90,000 kematian telah dicatatkan. Amerika Syarikat masih mencatat rekod sebagai negara paling teruk terjejas diikuti dengan Sepanyol, Itali dan Jerman.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

‘Scammer’ Jual Darah Dan Air Liur Bekas Pesakit COVID-19 Dengan Harga RM4,000 Di Dark Web

Rindu Jemaah Tabligh, Petugas Kesihatan Kongsi Sikap Angkuh ‘Kluster Kayangan’

Lihat Bagaimana ‘Lockdown’ COVID-19 Beri Kesan Kepada Alam Sekitar Di Seluruh Dunia

 

Anda Mungkin Suka