Bulan Mei lalu telah menyaksikan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas atau 0.25 peratus kepada 2.00 peratus. Dalam erti kata lain, bayaran ansuran bulanan seseorang peminjam turut meningkat.

Dalam pada itu, di sangka kadar OPR memberi kesan kepada pengguna, Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Fiona Leong memberi jawapan sebaliknya apabila permohonan pinjaman pada Jun melonjak 18 peratus bulan ke bulan atau 42 peratus tahun ke tahun meskipun kenaikan 11 mata asas bulan ke bulan dalam kadar purata pinjaman kepada 3.79 peratus.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Berita Harian

Dilaporkan permohonan pinjaman kenderaan turut melonjak sehingga 16 peratus bulan ke bulan yangg berkemungkinan berpunca daripada pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berakhir pada Jun lalu.

Peningkatan ini turut dikaitkan dengan mmomentum perniagaan yang semakin mampan meskipun terdapat kebimbangan mengenai inflasi.

Sementara itu, orang ramai turut dinasihatkan untuk tidak berbelanja untuk perkara tidak sepatutnya serta berjimat cermat dalam menghadapi tekanan ekonomi yang mungkin berlaku kelak.

Tular pada minggu ini apabila seorang jurugambar tempatan berjaya temui Dolly yang turut dikenali sebagai ‘Jack Sparrow India’ setelah lebih 20 jam perjalanan.

Perjalanan Lebih 20 Jam, Jurugambar Teruja Jumpa Dolly Pembuat Teh Paling Famous Di India

Netizen Kagum Lihat Lelaki Ini ‘Sound’ Ah Long Sehingga Tertunduk Diam

Sumber