Menurut Human Resources Online, laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan kadar pengangguran tempatan adalah pada kadar 3.4% selama 3 bulan berturut-turut, tertinggi sejak November 2013.

Seramai 506,000 orang terlibat dengan statistik itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

The Star Online melaporkan Maybank IB Research menjangkakan kadar pengangguran meningkat ke tahap 3.5% pada tahun 2016, berbanding 3.2% pada tahun lepas.

“Pemberhentian pekerja pada Mac-April 2016 dikuasai oleh sektor pembuatan. Intel Malaysia merancang untuk mengurangkan kira-kira 10% daripada 13,500 pekerja di kilang pembuatan mereka di Pulau Pinang dan Kulim, sejajar dengan pengumuman Intel AS mengenai rancangan mereka untuk mengurangkan tenaga kerja global sebanyak 11% daripada keseluruhan tenaga kerja berjumlah kira-kira 107,000 orang,” kata mereka.

Pada awal bulan Mac, British American Tobacco (BAT) mengumumkan ia sedang mengecilkan operasi pembuatannya di Malaysia secara berperingkat, dalam satu langkah yang dijangka memberi kesan kepada lebih daripada 200 orang pekerja.

Penutupan kilang dijangka selesai pada separuh kedua tahun 2017, dan BAT mengakui sudah mula memberikan beberapa bentuk sokongan kepada kakitangan yang terjejas.

Pada bulan Mac juga, Petronas mengumumkan pengurangan tenaga kerja seramai 1000 orang.

Terkesan akibat harga minyak mentah yang rendah, syarikat minyak dan gas itu berkata proses pengurangan tenaga kerja akan mengambil masa enam bulan.