Hari ini masak ayam tanam dalam pasir. Bagi sesiapa yang ada family day atau apa-apa aktiviti tepi laut, anda patut buat cara ini. Serius ayam sangat-sangat lembut dan juicy.

Anda boleh perap ayam ikut resepi sendiri. Kemudian boleh ikut langkah demi langkah cara masak ayam dalam pasir di sini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Resipi Perapan Ayam

Resipi ini sesuai untuk seekor ayam:

  • 1 ekor ayam
  • 3 biji buah keras
  • 4 batang serai
  • 1 ibu jari halia
  • 1 ibu jari kunyit hidup
  • belacan
  • cili (dikisar
  • garam

Langkah penyediaan:
1. Kisar semua bahan perapan ayam
2. Lumur sekata pada ayam
3. Perap ayam

Kaedah Masak Ayam Dalam Pasir

1. Buat lubang pada tanah pasir yang sesuai untuk letak seekor ayam. Ayam yang siap diperap dibalut dengan aliminium foil dengan kemas bagi elak pasir masuk ke dalam ayam.

2. Letakkan bara arang di sekitar ayam.

ayam-02

3. Ia akan jadi seperti ini apabila sudah letak bara api di sekelilingnya.

ayam-03

4. Kemudian, timbuskan dengan pasir tetapi jangan tinggi sangat. Letak lagi bara arang di atas pasir.

ayam-0444

5. Bakarkan kayu atau arang di atas pasir yang ditimbus. Tunggu selama 1 jam.

ayam-05

6. Apabila sudah sejam, arang akan jadi seperti ini di atas pasir. Anda perlu berhati-hati kerana pasir ini panas.

ayam-06

7. Inilah rupa ayam yang dimasak di dalam pasir tadi. Ia sangat lembut dan juicy. Memang sedap dan terasa rempah-rempah yang diperap.

ayam-07

Ini pula Ayam Betutu dalam pasir, cara orang Indonesia: