Pada hari ini, orang ramai lebih selesa melakukan pembayaran secara online kerana lebih mudah dan pantas. Oleh itu, badan-badan kerajaan juga mula mengadaptasi kaedah penbayaran digital untuk urusan transaksi harian.

Menerusi laporan terkini, perluasan kaedah pembayaran secara dalam talian menerusi pendekatan aplikasi digital dan kemudahan cashless pada masa ini telah membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip RM49.6 juta saman bagi tempoh 10 bulan tahun ini untuk negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Mypt3

Jumlah ini berjaya dikutip menerusi pembayaran saman pada portal dan aplikasi MyBayar Saman yang melibatkan 105,260 pengguna jalan raya Malaysia.

Difahamkan sistem pembayaran tersebut telah memberi kemudahan kepada orang awam untuk melangsaikan tunggakan saman tanpa perlu pergi ke kaunter fizikal. Hal ini sekaligus dapat menggurangkan kesesakan di lokasi kaunter.

Secara keseluruhannya merangkumi pembayaran saman secara fizikal sekitar RM59.97 juta saman tertunggak telah berjaya dijelaskan oleh pengguna jalan raya pada tempoh tersebut kepada PDRM.