Detektif Conan adalah antara anime yang mendapat tempat di hati para peminat tidak kira di sekitar Jepun mahupun seluruh dunia.

Dengan filem terbaharu Detective Conan: The Scarlet Bullet bakal menemui penonton, mereka juga akan turut melancarkan dua belas kafe baharu di sembilan bandar yang bertemakan Conan sendiri.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Antara bandar yang dipilih adalah Tokyo, Osaka, Chiba, Hiroshima, Fukuako, Nagoya dan ramai lagi. Namun apa yang lebih teruja adalah menu yang disediakan oleh kafe ini.

Melalui satu laporan yang dikeluarkan oleh SoraNews24, kafe ini bakal menyediakan menu yang berbeza di sembilan lokasi.

1581501844

Tetapi apa yang lebih teruja adalah pengenalan satu menu yang bertemakan dadah yang pernah diambil oleh Conan sehingga memberi kesan kepada tahap ketinggian beliau.

Menu yang diberi nama APTX 4869 ini sebenarnya kari daging versi Jepun yang dihidangkan dengan gaya dan reka bentuk seperti ubat yang pernah di ambil oleh Conan pada episod pertama siri detektif tersebut.

Untuk anda yang berminat berkunjung ke kafe ini, anda dinasihatkan agar menempah tempat di kafe ini terlebih dahulu. Tanpa tempahan, anda mungkin terlepas peluang untuk merasa ‘dadah’ baharu yang memberi kesan kepada Conan.

Berikut adalah cerita lain mengenai Conan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Detective Conan ‘Tumpaskan’ Avengers Di Pawagam Jepun

Detective Conan Kalahkan Avengers: Infinity War

Anda Mungkin Suka