Walaupun kes COVID-19 masih aktif di seluruh dunia, negara-negara di Eropah kini telah melonggarkan perintah kawalan pergerakan dan rakyat mereka kini bebas untuk kembali berniaga dan makan di restoran tetapi dengan SOP yang telah ditetapkan.

Chancellor Jerman, Angela Merkel berkata matlamat mereka adalah untuk memperlahankan penyebaran virus tersebut dan selepas fasa pertama pandemik ini berakhir, beliau mahu semua rakyatnya terus berhati-hati dan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan sekiranya mahu bersosial di luar rumah.

Seperti juga di Malaysia, pelanggan perlu menjaga jarak antara satu sama yang lain (1 meter atau lebih). Café Rothe Schwerin di Jerman mengambil pendekatan unik tetapi berkesan apabila pelanggan perlu memakan ‘topi helikopter’ ini apabila makan di kafe mereka. Mereka menggunakan pool noodles supaya ia tidak berat apabila dipakai oleh pelanggan.

Cafe German 3

Ia sedikit sebanyak dapat memberi peringatan kepada pelanggan untuk tidak duduk terlalu rapat antara satu sama yang lain. Sekiranya topi berkenaan bersentuhan antara satu dengan yang lain, anda terlalu rapat dengan individu di sebelah anda.

Walaupun ramai yang melihatnya sebagai satu jenaka, tetapi ramai yang memuji inisiatif kafe berkenaan dan secara tidak langsung ramai yang mahu ke kafe berkenaan untuk mencuba topi helikopter berkenaan. Pelayan makanan juga turut menjaga kebersihan premis dan makanan apabila memakai pelindung muka apabila mengambil pesanan dan menyediakan makanan.

Namun menurut pemilik restoran berkenaan, pemakaian topi helikopter berkenaan hanyalah one-time event sahaja (sempena pembukaan semula kafe berkenaan) dan pelanggan tidak perlu memakai topi berkenaan setiap masa. Tetapi jika ada permintaan, mereka akan beri anda pakai topi berkenaan.

Inilah norma baharu yang kita perlu hadapi sebelum COVID-19 dapat dicegah. Di Thailand, sebuah restoran menyediakan patung panda comel akan jadi ‘peneman’ waktu makan anda. Baca lagi pada pautan di bawah.

Restoran Di Thailand Ini Guna Patung Panda Untuk Bantu Pelanggan Amalkan Penjarakkan Sosial

Perdana Menteri New Zealand ‘Dihalang’ Daripada Memasuki Kafe Selepas Cukup Kuota

Jerman Dan Belanda Benarkan Laungan Azan Untuk Naikkan Semangat Hadapi COVID-19

Sumber