Siapa di sini penggemar kopi jenama Costa Coffee? Berita baik buat anda kerana Costa Coffee kini bakal membuka kafe fizikal pertama mereka di Lembah Klang tidak lama lagi.

Costa Coffee akan membuka cawangannya di dalam beberapa pusat membeli belah sekitar Lembah Klang pada bulan Ogos ini. 5 cawangan ini akan dibuka secara berperingkat di Bangsar Shopping Centre pada 31 Julai, NU Sentral Mall pada 3 Ogos, Sunway Pyramid pada 16 Ogos, Menara Allianz pada 13 Ogos dan Q Sentral pada 26 Ogos.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi meraikan pembukaan rasmi 5 cawangan tersebut, sebanyak 100 cawan kopi akan diberikan secara percuma setiap hari selama tiga hari di semua lokasi Costa Coffee. Dengan adanya kafe fizikal rasmi Costa Coffee ini, harapnya anda dapat enjoy setiap hirupan kopi Costa sambil bersembang dengan rakan.

Sumber