Nampaknya kini anda dapat menikmati rasa ubat batuk dalam aiskrim iaitu Pi Pa Koa yang pastinya akan memberikan anda kelaianan. Mungkin berikutan perubahan cuaca yang tidak menentu, maka aiskrim ini dilancarkan untuk anda yang tidak gemar makan ubat.

Untuk pengetahuan anda,  adalah disarankan hanya mengambil satu scoop 3 kali sehari bagi orang dewasa dan satu scoop kecil 3 kali sehari untuk kanak-kanak. Aiskrim tersebut sudah mula dijual pada minggu lalu dan mendapat sambutan hangat.

Bagi anda yang ingin mencuba aiskrim ini, anda boleh ke Ice Dream Cafe KK ini yang terletak di Lot 11 First Floor, Lido Plaza, Jalan Kampung Kobusak, 88300 Kota Kinabalu, Sabah dan mencubanya sendiri.

https://www.instagram.com/p/BviU0shJXV0/

https://www.instagram.com/p/BvqNrZmJr2C/

Baca lagi: Waka Waka Gelato Perkenalkan Aiskrim Dengan Gula-Gula ‘Haw Flakes’