Kata orang, industri kafe siber kini agak suram berikutan penawaran PC serta konsol yang mampu milik. Kebanjiran kafe siber yang tidak dijaga dengan rapi serta tidak mengikut peredaran zaman antara yang membuatkan kafe siber tidak lagi menjadi pilihan anak muda.

Namun tidak bagi kafe The Pantheon. Kafe siber ini berjaya menyajikan pengalaman yang berbeza berbanding kafe siber yang pernah anda lawati sebelum ini. The Pantheon juga merupakan hub rasmi yang pertama di Malaysia buat ahli eSukan negara kita berlatih dengan penawaran sejumlah 116 PC berspesifikasi tinggi buat gamer tegar diluar sana.

Bukan itu sahaja, kafe juga ini merupakan kafe pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan daripada jenama kad grafik terkenal, NVIDIA.

kafe siber premium
Sumber: AirAsia Allstars Esports Club
Sumber: AirAsia Allstars Esports Club
Sumber: AirAsia Allstars Esports Club

Melihat kepada spesifikasi PC serta environment yang ditawarkan, kami yakin gamer yang sudah mempunyai setup PC yang hebat juga berminat untuk mencuba bermain di The Pantheon. Harga yang ditawarkan juga boleh dikatakan agak berpatutan memandangkan para pengguna berpeluang menyewa PC seperti Alienware, MSI dan Predator.

Sumber: AirAsia Allstars Esports Club

Tidak hanya menawarkan pengalaman menggunakan PC yang premium, anda juga berpeluang untuk menggunakan racing simulator yang ditawarkan pada harga RM30 sejam. Mungkin ini masa terbaik untuk anda kembalikan semula zaman bermain game Daytona USA bersama rakan-rakan anda. Permainan konsol serta virtual reality juga antara yang turut ditawarkan.

Sumber: AirAsia Allstars Esports Club

Sekiranya anda mahu mengembalikan tenaga anda sebelum kembali berlatih game pilihan anda, anda boleh terus singgah ke cafe yang berada di dalam The Pantheon. Buat ahli eSukan, mungkin disini strategi game dibincang bagi memantapkan permainan pasukan.

Buat anda yang berminat untuk mencuba merasai bagaimana kafe siber ini mampu memberikan pengalaman berbeza berbanding kafe siber yang lain, anda boleh lawati ke The Pantheon yang terletak di One City di Subang Jaya.