Dalam menuntut ilmu, adab adalah perkara paling penting yang ditekankan bagi mencari keberkatan agar para penuntut bukan saja mampu untuk mendalami dan menguasai sesuatu bidang atau disiplin, bahkan bersifat rendah diri dan menghormati ilmu.

Melalui adab yang dijaga, akan terserlah kesungguhan dan usaha dalam menuntut ilmu kerana kedua-duanya tidak dapat dipisahkan seperti yang diungkapkan oleh Imam Malik RA: “Pelajarilah adab sebelum mempelajari suatu ilmu.”

Seorang ahli teologi yang berasal dari Jordan, Dr Sheikh Saeed Fodeh menceritakan pengalamannya pada 10 tahun yang lalu mengajar lebih 500 pelajar Malaysia di Egypt dan dia mengaku bahawa dia kagum dengan sikap pelajar Malaysia dalam menuntut ilmu.

Kelas yang dihadiri oleh pelajar lelaki dan perempuan dari Malaysia telah berlaku secara berturut-turut. Dengan erti kata lain, mereka berada di dalam kelas dalam masa 3 hingga 4 jam dan kelas terus berlangsung sehingga lewat malam.

“Demi tuhan, saudara yang dikasihi, saya tidak mendengar satu pun pergerakan. Kecuali dari 4 orang arab yang ikut saya. Mereka yang banyak bergerak. Maksud saya, 4 orang yang datang bersama saya, iaitu sahabat saya.

https://twitter.com/IbnAwesome/status/1267355824755814410

Salah seorang bersandar, yang lain duduk dengan cara yang sangat pelik. Manakala yang lain [pelajar Malaysia], mereka memegang buku nota mereka dan menulis,” Katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik oleh Muhammad Umar Mustafa.

“Melihat situasi ini telah membuatkan saya benar-benar kagum. Manakala 4 orang yang datang dengan saya, merekalah orang yang banyak bergerak dari antara mereka semua. Bersandar, membetulkan postur mereka setiap beberapa saat.”

Rakaman video ini telah mendapat pelbagai reaksi pengguna Twitter. Ia telah dikongsi lebih dari 1,000 kali dan mendapat 3,500 tanda suka. Kebanyakkan daripada mereka bersetuju dengan kata-kata Sheikh Saeed Fodeh, manakala ada daripada mereka yang mempersoalkan bagaimana ‘pergerakan kecil’ boleh dianggap tidak menghormati guru dalam menuntut ilmu.

https://twitter.com/DylanMe01/status/1267380450554605569

“Saya minta maaf tetapi apa maksudnya dengan ‘adab’? Orang yang melakukan ‘pergerakan’ [kecil] itu tidak bermaksud mereka tidak menghormatinya, maksud saya dia mengatakan mereka ‘bergerak’ dan tidak melakukan sesuatu yang buruk.

Saya bercakap mengenai konsep ‘adab’ dengan tidak membandingkan Malaysia dan Arab, tetapi perkataan ‘adab’ itu sendiri saya tidak faham,” kata seorang pengguna Twitter dengan nama Dylan.

“Umat ​​Islam seharusnya mempunyai adab yang baik dengan guru …. Kami diajar sejak kecil untuk menghormati guru kami. Sebilangan dari anda mungkin menganggap tidak mengapa untuk bergerak. Tetapi bagi saya untuk duduk dan mendengar serta berjihad melawan rasa letih dan gelisah adalah tanda seorang ulama sejati,” kata seorang lagi pengguna Twitter.

Bagi Hukaim Esmail, seorang rakyat Malaysia yang menuntut di Al-Azhar, dia mengatakan bahawa antara “budaya Melayu yang telah meresap ke dalam masyarakat arab adalah adab dalam majlis ilmu. Pelajar Melayu di Mesir telah berjaya bawa satu indikator baharu tentang adab sehingga para masyaikh al-Azhar mengiktiraf dan mengaplikasikannya dalam kelas mereka.

Dia menambah lagi bahawa budaya arab selalunya akan bertanya soalan ketika kelas sedang berlangsung, atau mereka akan memotong syarahan guru mereka. Manakala ada pula yang berkali-kali akan mengganggu perjalanan kelas. “Berbeza dengan pelajar melayu, biasanya [mereka] akan bertanya selepas tamat syarahan, setelah dibuka sesi Q&A, baru ada soalan.”

Di dalam ciapan yang dikongsi oleh Hukaim juga dapat dilihat beberapa pengalaman pelajar Malaysia di luar negara yang kebanyakan guru-guru mereka memuji sikap dan adab pelajar Malaysia ketika menuntut ilmu.

Walaupun perkara yang dilakukan ini dilihat kecil, tetapi ia telah memberi kesan kepada komuniti Malaysia yang berada di luar negara. Selain itu, ia juga telah memberi gambaran yang baik kepada orang luar terhadap negara kita yang mempunyai pelbagai kaum dan agama.

Tahun lalu, seorang pelajar Malaysia telah berucap di hadapan lebih 6,000 orang pada hari graduasi pelajar di Amerika Syarikat. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Netizen Bangga Lihat Pelajar Malaysia Ini Berucap Depan 6,000 Orang Pada Hari Graduasi Di Amerika Syarikat

Tidak Mahu ‘Ponteng’ Sekolah, Pelajar Malaysia Terpaksa Tinggal Seorang Diri Di Singapura

Tewaskan Jepun Dan Korea Selatan, Pelajar Malaysia Rangkul 5 Pingat Di Pertandingan Robotik Antarabangsa