Walaupun sudah beraksi ke pentas antarabangsa, ahli gusti profesional negara, Ayez Shaukat Fonseka, beliau cukup berbangga dengan membawa penampilan identiti Malaysia, bertanjak dan berjaket songket ke mata dunia.

Baru-baru ini beliau telah berkongsi satu video pendek di mana seorang anak mat saleh yang menghadiri ke acara Reality of Wrestling berasa sangat gembira setelah dipakaikan tanjak oleh Shaukat sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@coachshaukat

Bangga dapat perluaskan budaya nusantara di Hollywood, dan buatkan anak-anak kecil di sana tertarik dengan budaya kita. #viral #prowrestling #prowrestler #fyp #malaysiaviral #indonesiaviral

♬ original sound – CoachShaukat

Pada awal video itu, semasa Shaukat bersalaman dengan pengunjung-pengunjung acara gusti tersebut, seorang kanak-kanak menundukkan kepala ‘sembah hormat’ kepada penggusti berusia 33 tahun itu yang melutut di hadapannya.

Lalu Shaukat memakaikan anak mat saleh itu dengan tanjak yang dipakainya lalu menuju ke arah gelanggang gusti untuk beraksi.

Sumber Gambar: TikTok @coachshaukat

Jurugambar menghampiri kanak-kanak itu dan merakam detik-detik kegembiraannya memakai tanjak yang dibuat oleh Paul Carling, pereka pakaian dari Sarawak yang banyak menghasilkan busana pertandingan Ratu Cantik di Borneo.

Perkongsian Shaukat membuatkan ramai warganet berbangga kerana beliau bukan sahaja membawa nama Malaysia melalui sukan gusti ke pentas antarabangsa, bahkan mengembangkan lagi budaya tempatan ke mata dunia. Secara purata, satu video di saluran YouTube Reality Of Wrestling mempunyai ribuan penonton dari pelbagai negara.

“Bangga dapat perluaskan budaya nusantara di Amerika. Bangga lagi bila dapat buat anak kecil di sana nampak tanjak dan songket kita sebagai sesuatu yang ‘cool’ dan yang mereka inginkan,” petik perkongsian Shaukat di Instagram miliknya.

Sumber Gambar: TikTok @coachshaukat
Sumber Gambar: TikTok @coachshaukat
Sumber Gambar: TikTok @coachshaukat
Sumber Gambar: TikTok @coachshaukat

Baca lebih lanjut bagaimana Shaukat berjaya mengembangkan kariernya ke pentas ‘Reality Of Wrestling’ melalui pautan di bawah.

Lengkap Bertanjak, Kemunculan Shaukat Di ‘Reality Of Wrestling’ Buat Peminat Gusti Tempatan Bangga

Ahli Gusti Berhijab Dari Malaysia, Nor ‘Phoenix’ Diana Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 Asia

Tonton Episod Great Big Story Khas Buat Penggusti Hijab Dari Malaysia, Nor ‘Pheonix’ Diana

Sumber