Tular satu rakaman video di mana seorang rider penghantar makanan terlanggar sebuah MPV mewah sehingga menyebabkan bahagian sisi kereta itu terkopak.

Bagaimanapun, cara kedua-dua pihak menyelesaikan isu kemalangan dalam video berdurasi 1 minit 15 saat yang dimuat naik oleh TikTok @onsir11 itu telah mencuri perhatian orang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pemandu MPV itu bertanya kepada rider berkenaan mengapa dia tidak melarikan diri selepas melanggar bahagian belakang keretanya. Rider muda berusia 19 tahun itu dengan penuh yakin menjawab dia telah melakukan kesalahan jadi dia perlu bertanggungjawab ke atasnya.

“Ikut you la,” kata rider tersebut apabila pemandu MPV bertanya berapakah jumlah yang mampu dia bayar untuk ganti rugi.

Namun disebabkan pemandu tersebut berasa kagum dengan keberanian serta rasa tanggungjawab rider tersebut yang tidak melarikan diri, beliau langsung tidak meminta ganti rugi walaupun Toyota Alphard miliknya mengalami kerosakan kecil.

Tindakan kedua-dua pihak itu telah mendapat pujian netizen; seorang mengaku kesalahan dan bertanggungjawab ke atasnya. Manakala seorang lagi memaafkan pesalah tanpa sebarang syarat walaupun terpaksa menanggung sedikit kerugian.

Dalam pada itu orang ramai berasa bersyukur kerana masih ada lagi ‘individu bertanggungjawab’ dan ‘individu bertanggungjawab’ di kalangan masyarakat hari ini. Nampak mudah apa yang dilakukan oleh kedua-dua pihak tersebut, namun agak sukar untuk dipraktikkan jika berlaku pada diri sendiri.

Semoga lebih ramai pihak dapat menjadi seorang individu yang bertanggungjawab serta pemaaf jika berlaku sebarang insiden kecil yang tidak diingini dan sentiasalah berhati-hati semasa berada di atas jalan raya.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.