Ahli politik yang juga bekerja sebagai ahli perniagaan berusia 60-an menjadi perhatian ramai setelah mengakui dia mempunyai 120 isteri. Perkahwinannya direstui oleh isteri-isterinya yang lain, namun bagaimana kisahnya bermula?

Namanya adalah Tambon Praset, bulan ini dia mendapat spotlight di Thailand kerana mengaku telah berpoligami. Tambon terkenal di Thailand sebagai ahli perniagaan dan juga ahli politik. Dia adalah ketua daerah Phromnee, wilayah Nakorn Nayok, Thailand, yang berjarak 90 km dari Bangkok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rahsianya mula pecah apabila salah seorang wartawan bertanyakan perihal tersebut kepadanya. Dia dengan tenang mengakui bahawa mempunyai 120 isteri. Sebelum ini, dia tidak pernah mendedahkan mengenai perkahwinannya kerana poligami itu sendiri dilarang di Thailand.

“Saya mempunyai 120 isteri dan 28 anak lelaki dan perempuan,” katanya.

Tambon mendedahkan bahawa dia perkahwinan pertamanya berlaku pada usia yang sangat muda, iaitu 17 tahun. Isteri pertamanya pula jauh lebih muda darinya. Sejak perkahwinan pertama, dia mempunyai tiga orang anak.

120-wives2-750×500-1505745895

“Selepas itu saya berkahwin dengan wanita lain. Kebanyakan mereka adalah wanita yang lebih muda dan mereka semua di bawah 20 tahun. Saya tidak suka yang lebih tua,” katanya.

Lama kelamaan, Tambon Prasert menjadi usahawan yang berjaya. Dan dia mempunyai cara unik dalam berniaga. Setiap kali dia membina rumah di bandar atau wilayah, dia akan menikahi wanita dari daerah itu. Oleh itu, dia mempunyai seorang isteri yang mewakili bandar atau wilayah yang dia lewati di Thailand.

“Saya kontraktor. Setiap kali saya membina rumah, saya mempunyai isteri di sana. Saya sayang mereka semua dan mereka mencintai saya,” katanya.

Tambon memberitahu bahawa dia menjaga isterinya dengan adil. Dan dia juga mendakwa setiap kali dia mahu mempunyai isteri baru, dia akan meminta izin dari isterinya sebelum menikahi wanita itu.

“Tidak ada yang mengeluh. Mereka semua menerima situasi ini dan mereka tidak pernah bertengkar. Saya menghormati mereka. Dalam setiap perkahwinan, saya meminta izin ibu bapa mereka untuk berkahwin. Mereka semua saya berkahwin dengan cara yang betul,” jelasnya.

Mempunyai 120 isteri dan 28 anak, Tambon Prasert mengakui bahawa dia tidak pernah menghadapi masalah dalam hidupnya. Dia juga dapat memenuhi semua keperluan isteri dan anak-anaknya.

“Sekiranya mereka tidak mempunyai rumah, saya akan mendirikan rumah untuk mereka dan menyelesaikan semuanya, jadi semua orang gembira,” kata Tambon kepada media Thailand sambil ditemani oleh isterinya yang ke-27.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Chef Wan ‘Pegang Janji’ Jaga Bekas Isteri Selama 33 Tahun Berpisah

Nasib Malang Buat Suami Di Malam Pertama, ‘Isteri’ Yang Dia Kahwini Rupanya Seorang Lelaki

Lihat Bagaimana Reaksi Will Smith Ketika Bekas Isterinya Mengaku Pernah Curang