Apabila bercinta, pasti setiap pasangan mahu ke fasa seterusnya iaitu berkahwin. Akan tetapi, sebelum itu haruslah mengenalkan pasangan kepada ibu bapa terlebih dahulu.

Adakah anda ingat bagaimana anda memperkenalkan pasangan kepada ibu bapa anda? Terbaharu, seorang pengguna TikTok @aliaa_armani telah berkongsi video sekitar majlis pertunangannya dan berkongsi kisah bagaimana ayahnya yang garang boleh menerima teman lelakinya.

@aliaa_armani

Reply to @simjaee #strictparents je yg faham 😂 #akakalia #eday #engagement

♬ nhạc nền – TrungBau1992 – Trungbầu1992

Menerusi video tersebut, gadis itu berkongsi kisah sewaktu dia pertama kali membawa teman lelakinya itu berkenalan dengan ayahnya. Apa yang mengejutkannya, ayahnya yang garang itu menerima baik teman lelakinya dan bersetuju untuk dia berkahwin dengan lelaki itu.

Malah, ayahnya juga mahu majlis pernikahan segera dilansungkan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Aliaa dan pasangan.

Bukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan wajah teman lelakinya yang kini tunang seiras dengan wajah ayahnya. Malah, ada juga netizen yang berkongsi perasaan takut masa pertama kali mahu perkenalkan pasangan dengan ayah mereka kerana garang. Ketika artikel ini ditulis, video ini meraih lebih 400 ribu tontonan dan 25 ribu tanda suka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Buat Pinjaman Peribadi Atas Permintaan Bekas Suami, Wanita Ini Dibebani Hutang Sebanyak RM200,000

Netizen Terkejut Bagaimana Perkongsian Jijik Oleh Fauzi Nawawi Ini Lulus Untuk Siaran Umum

Terpaksa Berpisah Kerana Hidap Thalassaemia, Perkongsian Pasangan Ini Beri Kesedaran Buat Netizen