Nota Editor: Pendedahan ini asalnya telah dikongsikan di Facebook Saudara Aliff Danial. Tertarik dengan isu ini, kami menghubungi beliau untuk mendapatkan keberan dan kongsikan semula di sini. Semoga pendedahan ini membantu anda terutama ibu bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah, juga buat para guru dan warga pendidik dalam usaha melahirkan jenerasi yang lebih berdaya saing dan berjaya.

Bismillah.

Sambung Belajar
HYPE
Kisah 5 Pelajar Berazam Ubah Nasib Keluarga Walaupun Berdepan Masalah Kewangan
Baca lagi →

Ada orang bertanya kepada saya, benarkah bahasa yang baik lagi elok sangat penting untuk menguasai matematik?

Jawabnya ialah benar, dan beginilah ceritanya. Pertamanya, matematik adalah raja bagi segala bahasa. Maka, apakah sifat bagi raja? Ia mesti bersemayam di atas tahktanya.

Apakah layak seorang raja duduk di atas kerusi yang senget? Tidak. Oleh yang demikian, sebagai meraikan kedudukan matematik sebagai raja bagi segala bahasa, maka segala titah perintah raja mestilah dijunjung dengan bahasa yang elok lagi sempurna.

menulis-karangan

Berdasarkan pengalaman saya mengajar matematik hampir sepuluh tahun, pelajar yang menggunakan bahasa yang elok lagi sempurna dalam penulisan mereka menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam matematik berbanding dengan para pelajar yang melayan bahasa secara ala kadar.

Selama hampir sepuluh tahun mengajar matematik di universiti, saya sudah menyemak beribu-ribu kertas matematik, dan saya dapati pelajar-pelajar yang menggunakan ayat-ayat yang sempurna mendapat markah yang tinggi berbanding dengan pelajar yang menulis dengan bahasa ala kadar.

Jadi, ini mengingatkan saya kepada kata-kata seorang pensyarah matematik yang bernama Profesor Ikeda. Menurut beliau, kita mesti berusaha menjadi seorang profesional. Apakah maknanya menjadi seorang profesional? Perhatikan pada perkara-perkara yang dianggap kecil oleh para amatur. Antaranya ialah bahasa yang baik.

Jadi, tuan-tuan jikalau hendak tahu mengapa subjek matematik anak-anak lemah, semaklah buku karangan bahasa Melayu mereka. Bacalah karangan-karangan yang ditulis oleh mereka dan perbaikilah dari sana.

Sekian, semoga bermanfaat dan sebarlah ilmu ini ke seluruh alam.

BACA: Pemandu Teksi Ini Kuasai Bahasa Asing Dengan Berbual Bersama Setiap Pelanggan

BACA juga: 7 Cara Mudah Ibu Bapa Boleh Kenalkan Allah Pada Anak Kecil

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka