Pada bulan November lalu, satu kaji selidik telah dibuat melibatkan 2,000 pemandu pelbagai jenama dan model kereta untuk menyertai ‘Ujian Psikopat’. Di dalam soalan kaji selidik tersebut mempunyai 12 soalan yang dapat menentukan skala psikopat seseorang.

Markah yang diperolehi menunjukkan kemungkinan besar anda menunjukkan ciri-ciri psikopat seperti superficial charm, ego atau rasa harga diri yang tinggi dan kekurangan penyesalan atau rasa bersalah.

Hasil kaji selidik yang dibuat oleh portal Scrap Car Comparison mendapati pemandu kereta BMW mempunyai kecenderungan untuk menjadi seorang psikopat dengan purata markah psikopat sebanyak 12.1 daripada 36.

Kajian tersebut turut mendedahkan bahawa skor purata ujian psikopat untuk semua pemandu pelbagai jenama dan model kereta sekitar 6.6 sahaja.

Jadi pemandu BMW menunjukkan lebih banyak ciri psikopat dengan markah mereka hampir dua kali ganda lebih tinggi dari skor purata pemandu-pemandu lain.

Manakala pemandu Audi pula menjadi individu kedua yang berpotensi untuk menjadi seorang psikopat dengan skor kaji selidik sebanyak 11.7 daripada 36. Ia bermaksud mereka berpotensi untuk mempunyai sifat narsisisme dan suka berbohong kepada orang lain.

Lagi tiga jenama bagi melengkapi 5 tangga teratas pemandu yang berpotensi untuk menjadi psikopat ialah Fiat dengan markah 7.0, Mazda (6.4) dan Honda (6.3), dengan kesemuanya mendapat purata markah melebihi lima dalam kaji selidik tersebut.

Sebelum ini pemandu BMW telah diundi sebagai pemandu paling bermasalah sehingga membuatkan orang lain kurang senang. Baca hasil kajian tersebut melalui pautan di bawah.

Pemilik Kereta BMW Diundi ‘Pemandu Paling Bermasalah’ Dalam Satu Tinjauan

Niat Beli Kereta Baharu Rakyat Malaysia Meningkat 32% Meskipun PKP