Setiap kali pelancaran iPhone bakal mencetus fenomena di seluruh dunia. Para peminat pula berlumba-lumba mahu menjadi pemilik yang terawal.

Menerusi laporan yang diterbitkan oleh Consumer Intelligence Research Partner (CIRP), pengguna yang lebih muda tidak sabar untuk menaik taraf kepada model terbaharu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Trusted Reviewer

Walaupun kos dan hayat berguna iPhone yang agak lama, pemilik iPhone yang lebih muda didapati akan berpindah ke model terkini lebih cepat daripada pengguna lebih berusia.

Berdasarkan rajah di bawah, perbezaan antara pengguna termuda dan tertua adalah sangat ketara. Pengguna yang lebih muda berusia lingkungan 18 tahun – 24 tahun dan pertengahan umur 35 tahun – 44 tahun adalah mereka yang memiliki iPhone yang berusia kurang daripada setahun.

Sumber Gambar: CIRP

Perkara ini sekaligus menunjukkan minat yang kuat bagi golongan terbabit untuk menaik taraf kepada model iPhone terkini. Berbeza dengan pengguna iPhone yang lebih berusia iaitu sekitar lingkungan umur 55 tahun – 65 tahun lebih cenderung menggunakan peranti dalam tempoh lebih lama.

CIRP menyimpulkan secara keseluruhannya kira-kira separuh daripada pengguna iPhone yang berusia kurang daripada dua tahun. Sementara satu perempat pengguna pula mempunyai iPhone yang berusia lebih daripada tiga tahun.

Menurut CIRP, antara faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku adalah kerana pengguna iPhone yang lebih muda mungkin dipengaruhi oleh apa yang digunakan oleh rakan dan keluarga mereka atau apa yang mereka lihat di media sosial.

Malah, sesiapa yang memiliki iPhone terkini dilihat lebih up-to-date dan tampak menonjol di dalam kumpulan mereka. Bagaimanapun, pengguna yang lebih berusia tidak mengendahkan dengan model terbaru dan juga pendapat orang lain terhadap iPhone yang digunakan.

Sumber