Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Siapa sangka tumbuhan ketum yang selalu menjadi topik kontroversi dalam kalangan masyarakat di Malaysia kini telah berjaya memberi tuah kepada Prof Madya Zurina Hassan untuk membawa pulang anugerah penyelidikan antarabangsa. Halangan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Dadah Universiti Sains Malaysia ini bukan mudah, dia perlu bersaing dengan dua ribu penyelidik yang datang dari seluruh pelusuk dunia.

“Cabaran memang berat kerana kebanyakan mereka yang terpilih adalah profesor yang sangat berkaliber,” katanya kepada MalaysiaKini.

Dia membawa pulang anugerah penyelidikan Georg Forster daripada Yayasan Alexender Von Humbolt Jerman dan juga dana sebanyak 60,000 Euro atau bersamaan dengan RM297,679. Zurina berkata dana itu akan digunakan bagi menyelesaikan kajiannya dan dia bercadang untuk ke Universiti Erlangen, Jerman bagi memulakan kajian pada Januari tahun depan.

Beliau yang lahir di Pulau Pinang dan berusia 45 tahun menambah bahawa kajiannya menumpukan tindak balas Ketum terhadap ingatan dan ketagihan, “Saya nak lihat macam mana ketum akan ‘bekerja’ apabila masuk ke badan manusia, contohnya berapa dos yang boleh menyebabkan ketagihan dan berapa dos yang beri kesan kepada memori manusia.”

Untuk rekod, selain penyelidik di USM, Zurina juga pernah memegang jawatan sebagai penasihat pakar sementara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2015 dan 2016. Dia juga pernah dijemput oleh Institut Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (Nida) untuk membentangkan kajian berkenaan ketum di San Diego, Amerika Syarikat.

Ilmuwan Singapura jangka Bahasa Melayu akan diajar dalam Bahasa Inggeris suatu hari nanti. Benarkah? Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ilmuwan Singapura Jangka Bahasa Melayu Akan Diajar Dalam Bahasa Inggeris Pada Masa Hadapan

Ilmuwan Dakwa Jumpa Rumah Jesus, Terletak Di Israel Dan Wujud Sejak Abad Pertama

Ilmuwan Indonesia Dakwa Piramid Tertua Dunia Ada Di Jawa Barat, Wujud 10,000 Tahun Yang Lalu

Anda Mungkin Suka