Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia bermula dari China, wabak ini seolah tidak menunjukkan tanda pengurangan. Kehadiran kluster baharu dan sebagainya pastinya memerlukan kerjasama orang ramai untuk bersama-sama membendung penularan wabak ini.

Selain daripada mengealakkan diri daripada terlibat dengan tempat yang ramai serta memakai pelitup muka ketika berada di kawasan awam, pastinya orang ramai juga mahu memastikan barang yang sering disentuh bebas daripada wabak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut kajian daripada agensi CSIRO dari Australia, virus COVID-19 dijangka mampu berada di sesuatu tempat lebih lama daripada yang dijangka ramai. Permukaan rata seperti wang kertas serta skrin telefon pintar antara tempat virus COVID-19 mampu hidup dengan jangka masa sehingga 28 hari.

Difahamkan, wabak ini lebih mudah hidup dalam jangka masa yang panjang pada suhu 20 darjah celsius manakala jangka hayat wabak ini didapati berkurang pada suhu yang lebih tinggi.

Meskipun eksperimen ini sekadar dijalankan di makmal dan bukanlah pada persekitaran yang biasa yang mampu mempengaruhi pelbagai faktor, kajian ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran jangka hayat virus COVID-19 pada permukaan yang rata.

Ini caranya untuk memastikan telefon pintar sentiasa bersih

UV sterilazation box

Dalam usaha untuk memastikan telefon pintar sentiasa bersih dan bebas daripada wabak. Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan hand sanitizer. Selain itu, terdapat guna altenatif yang lebih baik iaitu menggunakan UV Disinfection Box.

Melalui penggunaan UV Disinfection Box, para pengguna berpeluang memasukkan telefon pintar atau beberapa barangan lain dan membiarkannya buat seketika waktu dalam memastikan barangan anda bebas daripada kuman. Sedia ditawarkan dengan harga mampu milik, para pengguna boleh mendapatkannya melalui Lazada dan juga Shopee.

Tular pada minggu lalu apabila China mahu WHO pertimbang penggunaan vaksin COVID-19 keluaran mereka di seluruh dunia.

China Mahu WHO Pertimbang Guna Vaksin COVID-19 Keluaran Mereka Di Seluruh Dunia

Selepas Pusat Beli-Belah 1 Utama, Mid Valley Megamall Dan The Gardens Pula Sahkan Kes Positif COVID-19