Fungsi auto-pilot yang ada pada kereta-kereta Tesla sememangnya dapat membantu para pemandu semasa menggunakan kereta terbabit. Tetapi ia bukan bermakna para pemandu boleh melepaskan tangan sepenuhnya mengharapkan sistem tersebut mengawal kereta untuk mereka dengan selamat.

Terdapat satu kajian baharu dibuat oleh Massachusetts Institute of Technology menunjukkan bahawa fungsi auto-pilot boleh menyebabkan pemandu menjadi tidak fokus dan kurang peka semasa berada di atas jalan ketika mengaktifkan sistem mod pemanduan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model untuk kajian ini berdasarkan data daripada 290 pemandu yang mengaktifkan fungsi auto-pilot dengan mereplikasi corak pandangan pemandu. Kajian tersebut dibuat dengan mengikuti pemilik Tesla Model S dan Model X untuk pecahan setahun atau lebih, semuanya berpusat di kawasan Boston.

Keputusannya agak membimbangkan kerana tingkah laku visual di kalangan pemandu berubah sebelum dan selepas fungsi auto-pilot diaktifkan. Pemandu jarang melihat situasi semasa jalan raya dan memberi perhatian lebih kepada perkara yang tidak berkaitan dengan pemanduan seperti bermain telefon pintar.

Pemandu dilihat tidak menggunakan ciri seperti yang disarankan, menjadi kurang perhatian dan terlalu santai semasa mengaktifkan sistem mod pemanduan auto-pilot. Perkara ini sangat jarang berlaku dalam mode pemanduan manual tanpa sebarang bantuan fungsi auto-pilot.

“Perubahan tingkah laku ini terjadi disebabkan oleh salah faham pemandu tentang apa yang dapat dilakukan oleh sistem serta batasnya,” terang penulis dalam hasil kajian tersebut.

Jika satu hari nanti kesemua kenderaan mempunyai fungsi auto-pilot, kita tetap perlu sentiasa fokus dan peka dengan keadaan semasa di sekeliling jalan kerana andaikata fungsi tersebut gagal mengesan sebarang bahaya, kita terlebih dahulu dapat mengambil alih pemanduan lalu dapat menyelamatkan nyawa.

Walaupun mod auto-pilot dapat membantu pemanduan, tetapi fungsi tersebut akan ditutup automatik apabila kesesakan lalu lintas yang melampau. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Lalu Lintas Terlalu Sesak Di Vietnam, Auto-Pilot Tesla ‘Give Up’ Dan Minta Pemandu Kawal Semula Kereta

Tesla Mula Aktifkan Kamera Untuk Pantau Pemandu Yang Guna ‘Auto-Pilot’