Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kuala Lumpur adalah bandar dengan 8 juta penduduk mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Macrot Trends. Bandar ikonik dengan pelbagai bangsa ini telah menjadi pusat kepada rakyat Malaysia untuk hadir dan mencari peluang kerja. Setiap orang mungkin berbeza-beza, ada yang datang daripada kampung dan ada juga yang memang dibesarkan di sini.

Namun apa yang menyamakan mereka adalah semua orang tahu bahawa tidak murah jika anda mahu kekal hidup di Kuala Lumpur. Dan dimusim wabak COVID-19, kehidupan di bandar lebih perih berbanding tinggal di kampung atau pekan kecil yang jauh lebih murah.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Bagaimanapun, penyelidikan terbaharu mengenai kos sara hidup bulanan di enam bandar popular di Asia Tenggara yang dikeluarkan oleh iPrice Group melalui Numbeo. Mereka mendapati bahawa tinggal di Kuala Lumpur sebenarnya jauh lebih murah berbanding tinggal di beberapa bandar di Asia Tenggara yang lain.

 

Di antara enam bandar besar di Asia Tenggara – Kuala Lumpur, Singapura, Bangkok, Jakarta, Ho Chi Minh, Manila – KL mempunyai harga sewa rumah bulanan terendah berbanding Singapura yang mencatatkan harga paling tinggi.

Cost_of_Living_Content_MY_FINAL

iPrice menyatakan bahawa harga pangsapuri satu bilik di Singapura adalah RM6,200 menjadikan 81% lebih tinggi daripada di KL. Menurut pangkalan data Numbeo, kehidupan di KL jauh lebih murah apabila anda masih mampu mencari rumah sewa di tengah bandar yang berharga RM1,200 dan sekitar RM700 di luar pusat bandar.

Selain itu, data yang dikumpulkan menunjukkan bahawa kos sara hidup di Kuala Lumpur adalah yang termurah di kalangan bandar di Asia Tenggara, dengan anggaran RM3,262 sebulan untuk seorang. Bagaimanapun, jumlah ini jauh berbeza dengan gaji minimum yang diperoleh oleh rakyat Malaysia iaitu sebanyak RM1,200.

Tambahnya, KL menduduki tempat kedua untuk gaji bersih purata bulanan. Penduduk KL dianggarkan memperoleh gaji bersih RM4,259 setiap bulan berbanding Singapura di tangga pertama dengan RM10,195 sebulan.

“Oleh itu, kualiti kehidupan di Kuala Lumpur jauh lebih baik, terutama setelah membandingkannya dengan bandar-bandar di Asia Tenggara lain, seperti penduduk Manila, yang hanya dianggarkan memperoleh RM1,609 sebulan,” kata iPrice Group.

Untuk rekod, bagi kos sara hidup, Singapura menduduki tangga pertama dengan sekurang-kurangnya 132% jauh lebih tinggi daripada bandar-bandar besar di negara Asia Tenggara yang lain. Bangkok berada di tangga kedua dengan RM4,387 dan diikuti oleh Manila dengan RM4,325.

Lihat bagaimana rupa bentuk Kuala Lumpur pada 200 juta tahun dahulu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lihat Bagaimana Rupa Bentuk Kuala Lumpur Pada 200 Juta Tahun Dahulu

Kuala Lumpur Dinobat Tempat Keempat Paling Popular Dunia Di Instagram

Taman Paramount, Kuala Lumpur Tersenarai Antara 5 ‘Coolest Neighbourhoods’ Di Asia Tenggara

Anda Mungkin Suka