Twitter telah mengumumkan bahawa 6.1 bilion ciapan mengenai K-pop telah dikongsi di platformnya selama 12 bulan terakhir. Manakala lebih dari 300 topik berbeza mengenai K-Pop yang dikongsi di laman Twitter pada tahun ini – semuanya merangkumi gosip dan artis yang berbeza.

Rekod yang dikeluarkan oleh Twitter dengan kerjasama K-Pop Radar mendapati Malaysia menduduki tempat ketujuh sebagai negara paling kerap membincangkan isu K-Pop di laman Twitter.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

EiesL8BUMAEMH2Y

Apa yang lebih mengejutkan adalah rakyat Thailand menduduki tempat pertama sebagai negara yang paling banyak ciapan mengenai K-Pop, mendahului Jepun dan negara kelahiran K-Pop sendiri, iaitu Korea Selatan.

 

Rekod yang diambil pada 1 Julai, 2019 hingga 30 Jun tahun ini dikeluarkan bagi meraikan ulang tahun ke-10 komuniti K-Pop di seluruh dunia berserta kejayaan #KPopTwitter di platform media sosial terbabit.

Menerusi carta itu, kumpulan BTS berada di tempat pertama paling banyak diciap di Malaysia. Kemudian, diikuti EXO, BLACKPINK, TWICE, TXT, SEVENTEEN, GOT7, ATEEZ, Stray Kids, dan NU’EST.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Bekas Bintang K-Pop, Tasha Low Kongsi ‘Hidden Side’ Jadi Bintang K-Pop

Daftar Tetapi Tidak Hadir, Peminat K-Pop Dan TikTok ‘Sabotaj’ Perhimpunan Donald Trump

‘Dark Side’ Industri K-Pop Dan Kerangkanya Yang Rosak