Dalam satu kajian penyelidikan yang dilakukan oleh Top10Casinos.com, ia  menunjukkan bahawa pengguna Xbox adalah pemain paling ‘toxic’ berbanding pengguna PlayStation.

Kajian yang dikendalikan oleh ahli psikologi yang profesional, lebih 1,000 pemain video games di Amerika Syarikat telah mengambil bahagian dalam kajian yang bertajuk Buss Perry Aggression Questionnaire.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tingkah laku mereka diteliti berdasarkan permainan dan konsol yang mereka gunakan untuk bermain permainan video bagi mencari punca kemarahan dan emosi mereka.

Screenshot 2020-09-07 at 11.55.35 AM

Top10Casinos.com dalam satu kenyataan menyatakan bahawa, “Bagi mereka yang membesar dengan Xbox 360 MW2 atau pernah bermain permainan dalam talian FIFA, ia mendapati bahawa permainan video mempunyai kemampuan untuk menaikkan sikap agresif seseorang.”

“Dengan maruah yang dipertaruhkan, kegagalan untuk melengkapkan satu tahap permainan dan memenangi perlawanan dalam talian mampu untuk membawa emosi seseorang ke tahap yang tinggi. Tetapi pernahkan anda berfikir, permainan mana yang membuatkan anda mudah marah?”

Dengan skor 0.541 untuk fizikal dan 0.634 untuk kata-kata, bersama dengan 0.526 untuk kemarahan dan 0.624 untuk permusuhan, pengguna Xbox jauh meninggalkan yang lain dan dicatatkan sebagai pengguna yang paling mudah marah.

Screenshot 2020-09-07 at 11.54.54 AM

Top10Casinos.com kemudian menambah bahawa, “Secara rasmi, pengguna Xbox adalah pemain paling ‘toxic’, mempunyai sikap agresif yang tinggi daripada segi fizikal, kata-kata, kemarahan dan permusuhan.”

 

Selain itu, Top10Casinos.com turut menyatakan bahawa pemain lelaki didapati 13 peratus lebih agresif berbanding pemain wanita dan untuk lebih tepat, pengguna lelaki Xbox mendominasi carta sebagai pengguna paling teruk berbanding yang lain.

Bagi permainan video pula, penyelidik mendapati bahawa Battlefield dan Call of Duty adalah permainan video paling mudah seseorang untuk marah. Kedua-dua permainan ini menduduki tempat pertama dan kedua untuk kategori fizikal, kata-kata dan kemarahan.

Terdahulu, PlayStation telah membuka peluang kepada kaki gamers untuk bekerja bersama mereka. Klik pautan di bawah untuk membaca.

PlayStation Cari Pekerja, Mahu Upah Orang Main ‘Video Games’ Dan Berikut Adalah Syarat-Syaratnya

Tidak Mahu Kalah Dengan PlayStation Dan Xbox, KFC Perkenalkan ‘Konsol’ Tersendiri