Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Satu kajian bertajuk Trust in Professions yang dilakukan oleh penganalisis pasaran Ipsos mendapati bahawa doktor adalah pekerjaan yang paling dipercayai oleh rakyat Malaysia, sementara ahli politik pula jatuh antara pekerjaan yang paling tidak boleh dipercayai.

Memetik laporan Malay Mail, tinjauan ini mendapati bahawa pekerjaan doktor mendapat tempat teratas dengan 68 peratus rakyat Malaysia menganggap mereka boleh dipercayai, mengatasi guru sebanyak 65 peratus, saintis 57 peratus, angkatan bersenjata 52 peratus dan hakim 49 peratus.

Tinjaun itu juga mendapati bahawa ahli politik mempunyai margin kepercayaan terendah di kalangan masyarakat, dengan hanya 19 peratus rakyat Malaysia menganggap mereka boleh dipercayai. Pekerjaan kedua dan ketiga paling rendah dipercayai adalah menteri dengan 24 peratus, dan eksekutif pengiklanan, pada 26 peratus.

Malay Mail – Ipsos

Berdasarkan tinjauan global, masyarakat seluruh dunia turut mengakui bahawa ahli politik juga adalah pekerjaan yang tidak boleh dipercayai dengan nilai kepercayaan hanya berada di 10 peratus, diikuti oleh menteri dengan 14 peratus dan eksekutif pengiklanan dengan 15 peratus.

Selain itu, masyarakat global juga mengatakan 64 peratus orang di seluruh dunia menganggap doktor sebagai pekerjaan yang paling dipercayai. Manakala para saintis berada di tempat kedua dengan 61 peratus dan guru di tempat ketiga dengan 55 peratus pada skala global.

Kata Lars Erik Lie, pengarah bersekutu jabatan urusan awam Ipsos, faktor wabak menjadi antara punca mengapa orang ramai mempercayai doktor. Ditambah pula dengan interaksi yang tinggi di antara doktor dan orang awam dalam memahami wabak COVID-19, ini menjadikan doktor antara pekerjaan yang paling dipercayai.

Makay Mail – Ipsos

“Di hujung skala yang lain, ahli politik paling tidak boleh dipercayai – begitulah keadaannya di seluruh dunia, dan juga di Malaysia.

“Mirip dengan profesional perawatan kesihatan, ahli politik dan menteri telah menjadi wajah yang sering dilihat sepanjang musim wabak, tanpa menuai manfaat yang sama dari segi kepercayaan terhadap profesion mereka,” kata Lie.

Kajian mendapati bahawa tentera lebih takut dengan doktor gigi berbanding perang. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Kajian Mendapati Tentera Lebih Takut Dengan Doktor Gigi Berbanding Perang

Kajian Mendapati ‘Travel’ Membuatkan Anda Jadi Lebih Bijak

Kajian Mendapati Kos Sara Hidup Di Kuala Lumpur Murah, Anda Hanya Perlukan RM3,300 Sebulan

Anda Mungkin Suka