Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tel Aviv, Israel telah disenaraikan sebagai bandar paling mahal di dunia untuk didiami berikutan peningkatan tinggi kadar inflasi yang telah memberi kesan kepada kos barangan dan perkhidmatan di seluruh dunia berikutan pandemik COVID-19. Pusat bandar Israel itu mendaki lima tempat dalam tempoh 12 bulan lalu untuk merampas gelaran daripada pemenang bersama Paris, Hong Kong dan Zurich tahun lalu, menurut Unit Perisikan Ekonomi (EIU).

Bandar dengan 4 juta penduduk itu merampas kedudukan pertama didorong oleh kekuatan mata wang Israel, shekel, berbanding dolar. Ditambah pula dengan kenaikan harga pengangkutan dan barangan runcit.

Selain itu, Tel Aviv juga disenaraikan sebagai bandar kedua termahal untuk alkohol dan pengangkutan, dan kelima untuk penjagaan diri dan keenam untuk rekreasi. Ia menduduki tempat ketiga teratas dalam kesemua 10 kategori perbelanjaan utama EIU, dengan skor indeksnya meningkat sebanyak 5 mata sejak tahun lepas.

Ibu kota Perancis, Paris pula hanya berada di tempat kedua dan jiran kita Singapura berada di tempat ke-3, manakala Zurich dan Hong Kong melengkapkan baki lima teratas. New York berada di tempat keenam, dengan Geneva di tempat ketujuh, dan Copenhagen, Los Angeles dan Osaka melengkapkan 10 Terbaik. London naik tiga anak tangga berada di kedudukan ke-17 dalam senarai tahunan, dengan Sydney naik satu di tempat ke-14, dan Melbourne naik dua di tempat ke-16.

Empat puluh bandar baharu telah ditambah ke dalam senarai tahun ini. Ibu kota Scotland, Edinburgh, merupakan bandar baharu yang memasuki carta, menduduki tempat ke-27 setanding dengan bandar-bandar dengan kos sara hidup yang tinggi seperti Auckland dan Minneapolis. Dua lagi bandar baharu – Stuttgart dan San Diego – turut memasuki senarai 50 bandar paling mahal di dunia.

Senarai Bandar Termahal Di Dunia 2021

  1. Tel Aviv, Israel
  2. Paris, France
  3. Singapore
  4. Zurich, Switzerland
  5. Hong Kong, China
  6. New York, U.S.
  7. Geneva, Swizterland
  8. Copenhagen, Denmark
  9. Los Angeles, U.S.
  10. Osaka, Japan

Ini adalah bandar dengan gaji minimum tertinggi di dunia, sebulan RM17,000. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Ini Adalah Bandar Dengan Gaji Minimum Tertinggi Di Dunia, Sebulan RM17,000

Pengasas Dyson Beli ‘Penthouse’ Termewah Di Singapura Bernilai RM223,587,000

Projek Bernilai RM13 Bilion, Kerabat Diraja Dari Malaysia Bakal Bina Perumahan Mewah Di Singapura?

Anda Mungkin Suka