Hasil kajian baru-baru ini yang diterbitkan dalam British Medical Journal menyimpulkan bahawa tentera Britain lebih sanggup pergi berperang daripada perlu berjumpa dengan doktor gigi.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Daily Star, sebanyak 30 peratus anggota tentera Britain takut untuk berjumpa dengan doktor gigi dan lebih rela turun ke medan perang.

Peratusan ini sebenarnya lebih tinggi daripada kumpulan masyarakat umum di mana sekitar 20 peratus penduduk awam mengakui bahawa mereka takut untuk berjumpa dengan doktor gigi.

Tambah kajian terbabit, ketakutan pegawai tentera untuk berjumpa dengan doktor gigi hadir dari pelbagai tentera yang mempunyai latar pangkat yang berbeza dan tahun perkhidmatan yang berbeza.

Malah, ada juga anggota pasukan khas tentera Britain, iaitu Special Air Service (SAS) yang difahamkan takut untuk berjumpa dengan doktor gigi.

Masalah ketakutan ini telah mendapat perhatian doktor sehingga mereka mencadangkan agar pegawai tentera yang takut dengan doktor gigi dihantar ke rawatan terapi.

Salah seorang pegawai tentera ketika ditemubual oleh Daily Star menyatakan bahawa ada sesetengah tentera yang gementar jika diminta untuk hadir ke klinik gigi.

Kajian itu turut menambah bahawa pada pandangan doktor gigi, ketakutan para tentera untuk berjumpa dengan doktor gigi boleh mengakibatkan gangguan kepada operasi ketenteraan.

Pernah jadi pelatih kepada TMJ, pesara tentera sebak baginda masih ingat dirinya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pernah Jadi Pelatih Kepada TMJ, Pesara Tentera Sebak Baginda Masih Ingat Akan Dirinya

Senjata Api Habis Dijual Menjelang Pelantikan Joe Biden, Tentera AS Siap Sedia Hadapi ‘Civil War’?

Malaysia Negara Kelima Dengan Kekuatan Tentera Terbesar Di Asia Tenggara