Netflix telah menjadi tempat untuk kita melabuh bosan setelah seharian bekerja. Ia juga adalah salah satu cara untuk kita terus berhubung dengan budaya pop, terutamanya semasa wabak COVID-19 menyerang dunia dan memaksa kita untuk kekal duduk di rumah.

Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh sebuah syarikat penyelidikan pro-pengguna Comparitech, mereka mendedahkan harga pelan Netflix di seluruh dunia dan apa yang mengejutkan adalah Malaysia adalah antara negara dengan pelan Netflix termurah.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

 

Kajian mereka adalah berpandukan jumlah siri TV dan filem yang terdapat di 39 negara di seluruh dunia. Jumlah tersebut kemudiannya dibahagikan dengan harga langganan bulanan untuk menentukan kos bagi setiap negara di setiap bulan.

1_nmee 2_qub4 3_44br

Comparitech mendapati bahawa harga langganan Netflix di Brazil, Afrika Selatan dan India adalah yang termurah di dunia. Manakala dua negara Asia Tenggara, iaitu Filipina dan Malaysia juga termasuk dalam senarai negara yang mempunyai pelan Netflix termurah.

Di antara tiga pelan Netflix – asas, standard dan premium – Filipina dan Malaysia kekal dalam 10 negara dengan pelan yang menjimatkan. Filipina mempunyai 5,507 siri TV dan filem dalam pangkalan data, sementara Malaysia mempunyai 5,679 siri TV dan filem.

Pengguna Filipina membayar kira-kira AS $ 0.00051 (PHP0.025) setiap siri TV dan filem, sementara rakyat Malaysia membayar kira-kira AS $ 0.00058 (RM0.0024) setiap untuk setiap siri TV dan filem.

Terdahulu, rakyat Malaysia kini boleh menikmati Netflix dalam bahasa melayu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Rakyat Malaysia Kini Boleh Nikmati Netflix Dalam Bahasa Melayu

Kerana Kes Abang Burger, Filem One Two Jaga Kembali ‘Panas’ Di Netflix

Netflix Rendahkan Kualiti Video Di Malaysia Sepanjang April

Anda Mungkin Suka