Kita selalu disogok bahawa seorang usahawan itu akan berjaya apabila dia memulakan perniagaannya di usia muda. Ramai yang menyangka bahawa bidang perniagaan adalah permainan orang muda – Mark Zuckerberg, Elon Musk, Larry Page, Steve Jobs.

Adakah benar bahawa orang muda lebih berjaya dalam bidang keusahawanan berbanding mereka yang berumur? Atau ianya hanyalah jauh panggang dari api?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, kaji selidik yang dilakukan oleh Kajian Ekonomi Amerika memberi idea baharu bahawa mereka yang berumur 45 tahun ke atas lebih cenderung untuk berjaya di dalam bidang keusahawanan.

Hasil Kajian

Pierre Azoulay, ketua penyelidik dari Institut Teknologi Massachusett telah melakukan kajian yang menghubungkan di antara umur dan bidang keusahawanan yang diceburi.

Dalam kenyataan beliau, hasil kajian menunjukkan bahawa usahawan yang berjaya adalah mereka yang mencapai umur pertengahan.

Mereka turut menyatakan bahawa tiada bukti yang menunjukkan anak muda yang memulakan perniagaan pada umur awal 20-an berjaya tetapi lebih kepada bernasib baik.

W180621_AZOULAY_THEAGE-1
Harvard Business Review

Untuk mencapai kesimpulan kajian, Azoulay telah mengumpul data dari pelbagai sumber termasuk Pangkalan Data Perniagaan Biro Banci Amerika Syarikat (LBD), Borang Cukai dan data dari Banci Usahawan Tahunan AS (ASE).

Mereka telah menyusun rekod untuk 2.5 juta usahawan yang mengasaskan perniagaan di Amerika Syarikat sejak 1970-an. Menariknya, mereka mendapati usia seseorang itu berjaya di dalam perniagaan mereka adalah pada 45 tahun ke atas.

Masih belum terlambat

Kajian ini menunjukkan bahawa mereka yang mahu memulakan perniagaan masih mampu untuk berjaya. Faktor usia menjadikan seseorang itu matang dan mengetahui selok belok perniagaan yang dia mahu ceburi.

Sebagai contoh, Herbert Boyer. Boyer memulakan Genentech pada usia 40 tahun berdasarkan penemuan terbaharunya dalam kejuruteraan genetik. Atau mungkin anda boleh lihat kisah David Duffield. Duffield adalah pengasas Workday, sebuah syarikat perisian pengurusan kewangan dan manusia yang beliau tubuhkan pada umur 60-an selepas menghabiskan umurnya di dalam bidang perisian.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa anda tidak pernah terlambat untuk memulakan perniagaan dan jangan mudah mengalah!

Berikut adalah cerita lain tentang usahawan bagi menambah semangat korang untuk memulakan perniagaan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

3 Usahawan ‘Startup’ Terkemuka Malaysia Dilantik Sertai Ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara

Usahawan Muda Ini Jawab Serta Kongsi Pengalaman Dibantu Ahli Politik

Apa Yang Para Usahawan Boleh Pelajari Dengan Menonton ‘Shark Tank’