Kajian terbaharu menunjukkan e-rokok lebih selamat berbanding rokok namun ia mengambil masa tiga tahun bagi pengguna vape untuk mendapat penyakit paru-paru kronik, lapor kajian jangka panjang.

Budaya vape sedang meningkat di kalangan para remaja di Malaysia. Dengan 72% pengguna termasuk lelaki dan perempuan telah dicatatkan di Malaysia, manakala 77% telah dicatatkan bagi perokok yang pernah mengambil vape, lapor Green Zebras.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

Ketakutan yang ketara adalah kesan kesihatan jangka panjang pada pengguna dan kajian ini telah memberi maklumat baharu kepada orang ramai tentang perkara ini.

Kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Medicine Preventive mendapati walaupun mereka yang mengambil e-rokok lebih selamat daripada mereka yang merokok. Tetapi lebih 30% peluang golongan e-rokok akan mengalami masalah paru-paru seperti asma atau emfisema.

Kajian ini telah dibuktikan dengan penglibatan hampir 32,000 golongan e-rokok yang tidak mengalami masalah paru-paru pada 2013 berbanding pada tahun 2016.

“Penggunaan e-rokok [secara meluas] meramalkan perkembangan penyakit paru-paru dalam tempoh yang sangat singkat. Ia hanya mengambil masa tiga tahun,” kata Stanton Glantz kepada NBC News.

Namun tidak dinafikan, mereka yang mengambil rokok mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit paru-paru kronik. Lebih 2.5 kali lebih tinggi daripada golongan yang mengambil e-rokok.

Manakala mereka yang mengambil kedua-duanya – rokok dan e-rokok – berisiko 3.3 kali lebih tinggi untuk mendapat masalah kesihatan.

Apa yang menakutkan adalah mereka yang mengambil kedua-duanya.

“Kebanyakan orang dewasa yang menggunakan e-rokok tidak berhenti mengambil rokok,” kata Glantz kepada NBC News. “Dan jika mereka berbuat demikian, mereka akan mendapat risiko sebagai perokok dan risiko sebagai e-rokok.”

Namun risiko penyakit paru-paru yang dijelaskan dalam kajian ini adalah berbeza daripada masalah paru-paru yang berkaitan dengan EVALI yang telah membunuh 52 orang.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit – bertanggungjawab menjejaki kes-kes EVALI sejak Ogos lalu – mengatakan bahawa mereka tidak dapat menentukan punca sebenar kepada penyakit EVALI, tetapi sekitar 80 peratus pesakit yang mengalami penyakit ini telah menghisap e-rokok jenis THC.

Berikut adalah cerita lain mengenai vape yang pernah kami tulis. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Anda Tidak Lagi Boleh Vape Di Singapura Bermula Februari Ini

Vape Dan Shisha Di Premis Makanan Tidak Termasuk Dalam Larangan Merokok KKM

Vape Tanpa Nikotin Dan Shisha Bakal Dikawal Bawah Undang-Undang Baharu

Anda Mungkin Suka